KAIN kasa pembedahan tertinggal dalam usus Yuan Pingxiu. FOTO Agensi
KAIN kasa pembedahan tertinggal dalam usus Yuan Pingxiu. FOTO Agensi
Agensi

BEIJING: Seorang wanita di barat daya China meninggal dunia selepas tiga keping kain kasa pembedahan tertinggal di dalam ususnya ketika menjalani pembedahan Caesarean.

Lebih memburukkan lagi, ia tidak dapat dikesan ketika Yuan Pingxiu, 42, melakukan pemeriksaan klinikal di tiga hospital berbeza.

Suaminya, Yin Jiang, 49, memberitahu Southern Metropolis News, mereka cuma menyedari Yuan hamil pada Mei lalu ketika kandungannya mencecah tujuh bulan tetapi memutuskan menggugurkan kandungannya secara normal di Hospital Hongshi namun diarahkan menjalani pembedahan.

Sebulan kemudian, Yuan diserang sakit perut dan muntah berlarutan yang membawa kepada kematiannya, berpunca daripada jangkitan dalam perut. Selepas pemeriksaan forensik dilakukan, doktor menemui tiga helai kain kasa dalam usus kecil wanita itu.

“Setiap satu darinya, jika ceraikan akan membentuk saiz yang lebih besar daripada kertas A4,” kata Yin.

Akibat kelalaian itu Hospital Hongshi diarah membayar keluarga Yuan RM593,494 (980,000 yuan) sebagai pampasan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 January 2019 @ 6:11 PM