Kanak-kanak layari laman sesawang lucah dan tidak pergi mengaji. FOTO detik.com
Kanak-kanak layari laman sesawang lucah dan tidak pergi mengaji. FOTO detik.com
AFP

Banda Aceh: Kampung di wilayah Aceh mengharamkan sambungan Internet wayarles selepas kanak-kanak di kawasan itu didapati melayari laman sesawang lucah dan tidak pergi mengaji, kata pegawai.

Ketua kampung Curee Baroh mengarahkan beberapa kafe di kawasan itu menutup sambungan Wi-Fi murah serta-merta.

Kampung itu terletak di daerah Bireun yang pada awal tahun ini mengeluarkan arahan melarang lelaki dan wanita makan bersama kecuali mereka suami isteri atau mempunyai hubungan persaudaraan.

Pegawai mempertahankan peraturan baru itu dengan mendakwa perkhidmatan sambungan Internet dengan bayaran kira-kira Rp3,000 (90 sen) untuk lima jam itu sebagai merosakkan moral generasi muda.

“Sebelum ini kanak-kanak akan membaca al-Quran selepas solat tetapi sejak adanya Wi-Fi mereka lebih gemar berada di kafe ini.

“Mereka melayari laman sesawang lucah dan bermacam lagi dengan menggunakan telefon bimbit yang sangat merosakkan moral mereka,” kata ketua kampung Curee Baroh, Helmiadi Mukhtaruddin.

Pihak pentadbiran kampung itu sudah menyerahkan surat arahan berkenaan kepada kafe berkenaan tetapi pemilik premis itu dilaporkan enggan tunduk dengan permintaan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 November 2018 @ 8:42 PM