ANGGOTA keselamatan mengawal keadaan daripada diceroboh militan. FOTO/AGENSI
ANGGOTA keselamatan mengawal keadaan daripada diceroboh militan. FOTO/AGENSI
Reuters

Amman: Mahkamah di Jordan semalam menjatuhkan hukuman penjara terhadap sembilan militan untuk tempoh tiga tahun sehingga penjara seumur hidup bagi serangan di istana lama di bandar Karak ang membunuh 10 orang termasuk seorang pelancong Kanada.

Mahkamah dalam keputusannya berkata, sembilan tertuduh itu membantu militan Islam melaksanakan serangan di sekitar istana lama berkenaan. Pertempuran dalam kejadian itu turut mengakibatkan kematian empat orang daripada kumpulan militan terbabit.

Mahkamah keselamatan kebangsaan mendapati tertuduh bersalah ‘bersubahat perlakuan pengganas yang membawa kepada kematian manusia’ dan ‘melaksanakan ‘tindakan pengganas menggunakan senjata automatik.’

Militan al-Qaeda dan golongan radikal lain sudah lama menyasarkan negara sekutu Amerika Syarikat (AS) itu, dengan puluhan anggota kumpulan kini menjalani hukuman penjara yang lama di situ.

Raja Abdullah, sekutu kuasa Barat terhadap pengganas Islam yang mempertahankan perjanjian damai dengan Israel, antara pemimpin paling lantang di rantau itu mengenai ancaman kumpulan radikal.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 November 2018 @ 1:01 AM