YUTA seorang yang makan serangga. FOTO/AGENSI
YUTA seorang yang makan serangga. FOTO/AGENSI
Agensi

Seorang lelaki Jepun mencintai serangga membuatnya melakukan perkara yang pelik sehingga dia memutuskan untuk memulakan ‘dating’ dengan lipas setahun yang lalu.

Yuta Shinohara, seorang lelaki Jepun yang berumur 25 tahun mendakwa telah ‘berkahwin’ setahun yang lalu bersama lipas yang diberi nama Lisa.

Menurutnya, Lisa itu lebih ‘hangat’ daripada mana-mana gadis manusia lain di dunia dalam wawancara dengan media Jepun.

Yuta, yang merupakan entomofagist (seseorang yang makan serangga) mendakwa bahawa dia 100 peratus serius dengannya dan membelinya khusus dari Afrika.

Yuta begitu serius dalam hubungan sehingga dia membayangkan mempunyai saiz badan yang sama dengan lipas berkenaan untuk melakukan hubungan seks.

Lebih tragis lagi ‘cinta romantis’ mereka berakhir dengan kematian seranggan itu. Yuta mengambil keputusan untuk memakannya agar Lisa menjadi sebahagian dari dirinya, sehingga dia hidup dalam hatinya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Februari 2019 @ 9:00 AM