Antara barangan yang ditemui dalam apartmen tempat tinggal Clive Cressy. - Foto DM
Antara barangan yang ditemui dalam apartmen tempat tinggal Clive Cressy. - Foto DM
Clive Cressy, 69, doktor dari Britain ketika ditahan minggu lalu, dan gambar kanan, ketika dihadapkan ke mahkamah, semalam. - Foto DM
Clive Cressy, 69, doktor dari Britain ketika ditahan minggu lalu, dan gambar kanan, ketika dihadapkan ke mahkamah, semalam. - Foto DM
Agensi

Phnom Penh, Kemboja: Seorang doktor Britain berusia 69 tahun yang ditahan kerana disyaki membayar sejumlah wang untuk melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak Kemboja berusia semuda 12 tahun, didapati memiliki beg mengandungi pakaian kanak-kanak dan patung mainan Barbie.

Clive Cressy, 69, dari Hove, East Sussex, ditahan di sebuah kafe di sini, Khamis minggu lalu, dan didakwa semalam.

Lelaki itu dituduh membayar sejumlah wang untuk melakukan hubungan seks dengan empat kanak-kanak dan remaja perempuan berusia 12, 13, 14 dan 15. Menurut polis, dia membayar hampir RM13,000 untuk hubungan seks yang mangsa yang masih dara.

Polis yang menggeledah rumahnya di sini, menemui sejumlah cecair pelicin dan alat bantu seks.

Teman wanitanya dari Vietnam, Chea Sokthy, 27, yang juga ditahan, mencari kanak-kanak perempuan terbabit, dipercayai ‘membeli’ mereka.

Pasangan itu dihadapkan ke Mahkamah Perbandaran Phnom Penh semalam, dan ditahan reman dipenjara menunggu perbicaraan.

Menurut jurucakap mahkamah, Y Rin, doktor berkenaan didakwa melanggan pelacuran kanak-kanak manakala wanita itu didakwa bersubahat dengan pelacuran kanak-kanak.

Ketua Polis bahagian pemerdagangan manusia Phnom Penh, Keo Thea, berkata polis menyiasat kegiatan Cressy selama beberapa bulan dan mendapati lelaki itu memasuki Kemboja tiga kali sebagai pelancong sepanjang tempoh itu.

Menurut NKD news, Cressy membayar AS$3,000 (RM12,980) kepada remaja perempuan berusia 14 tahun yang masih dara untuk hubungan seks dengannya manakala budak perempuan lain dibayar antara AS$200 (RM865) hingga AS$300 (RM1,298). - DM

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mei 2017 @ 11:02 PM