PBB mahu kehadiran pemantau antarabangsa mengesahkan tapak ujian nuklear ditutup. FOTO/AGENSI
PBB mahu kehadiran pemantau antarabangsa mengesahkan tapak ujian nuklear ditutup. FOTO/AGENSI
AFP

NEW YORK (PBB): Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa tindakan tegas diambil, termasuk kehadiran pemantau antarabangsa, susulan hasrat Korea Utara untuk menutup tapak ujian peluru berpandunya.

Bagaimanapun, Gutteres mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un itu, ketika menghadiri sidang kemuncak bersama Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in di Pyongyang.

“Komitmen mengenainya ditunjukkan menerusi kenyataan bersama, termasuk pendekatan dari segi ketenteraan dan hasrat DPRK (Korea Utara) memusnahkan kemudahan ujian peluru berpandu dengan kehadiran pakar dari beberapa negara terbabit.

“Kini sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan seterusnya dan secara tegas,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Gutteres membidas langkah Korea Utara memusnahkan tapak ujian nuklearnya pada Mei lalu, tanpa kehadiran pakar antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 September 2018 @ 3:23 PM