MADONNA ketika hadir Anugerah Muzik Video (VMA) MTV. Foto EPA
MADONNA ketika hadir Anugerah Muzik Video (VMA) MTV. Foto EPA
Reuters

RATU pop Amerika Syarikat, Madonna, mencetuskan kemarahan ketika mengetuai majlis penghargaan mendiang Aretha Franklin, di Anugerah Muzik Video (VMA) semalam.

Peminat menyifatkan Madonna lebih banyak bercakap mengenai diri sendiri berbanding Ratu Soul itu.

Penghargaan kepada Franklin pada majlis perhimpunan pemuzik ternama pertama sejak kematian penyanyi berusia 76 itu minggu lalu dibuat pada akhir acara yang berlangsung hampir tiga jam itu.

Dalam ucapan selama 10 minit, Madonna mengingati semula pada awal kemunculannya sebagai penyanyi dan penari, termasuk satu acara uji bakat yang menyaksikan beliau mempersembahkan lagi ikonik Franklin, ‘(You Make Me Feel Like) A Natural Woman’, versi acappela.

Ia membolehkannya mendapat peluang menyanyi di Paris tetapi melepaskannya untuk kembali AS bagi belajar bermain gitar.

“Tiada satu pun akan berlaku tanpa Ratu Soul ini. Beliau memimpin saya di mana saya berada hari ini dan mempengaruhi ramai orang dalam bilik ini.

“Saya berterima kasih kepada Aretha kerana memperkasakan kami semua,” katanya.

Penonton menggunakan Twitter untuk mengkritik Madonna dan MTV kerana ucapan itu, berkata ia adalah mengenai diri sendiri dan tidak memberi tumpuan kepada Franklin.

“Adakah majlis penghargaan buat Aretha Franklin adalah Madonna bercakap mengenai diri sendiri dengan panjang lebar?” tweet penulis Michael

Arceneaux.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Ogos 2018 @ 2:48 PM