YULIA dibunuh ibunya, Tatiana ketika sedang tidur. Foto Daily Mail
YULIA dibunuh ibunya, Tatiana ketika sedang tidur. Foto Daily Mail
Agensi

SEORANG wanita mengapak mati anak perempuannya berusia 18 tahun kerana tidak tahan sikap remaja berkenaan yang kuat melawan, lapor media.

Tatiana Degirmendzhy, 49, membunuh anaknya Yulia ketika remaja itu tidur di kediaman mereka di Chaykovsky, Perm Krai, Russia, apabila menetaknya berulang kali menggunakan kapak sebelum lari dari bandar itu menaiki kereta api.

The Metro melaporkan, mayat mangsa ditemui beberapa jam kemudian oleh abangnya Sertan, 22, yang ketika kejadian keluar mengambil angin.

Sertan yang terkejut melihat mayat adiknya yang berlumuran darah, malah katil dan dinding bilik berkenaan juga dipenuhi darah. Kapak digunakan untuk menetak mangsa juga ditinggalkan di situ.

Menurut laporan, polis mengesyaki berdasarkan kesan kecederaan bahawa pembunuh berkenaan cuba mengerat mayat berkenaan.

Tatiana berjaya ditangkap dalam tempoh 24 jam ketika cuba menaiki kereta api di bandar Izhevsk, 57 kilometer dari Chaykovsky.

Daily Mail memetik sumber polis mendakwa Tatiana mengaku membunuh anaknya itu malah berkata: “Jika saya ada tujuh anak perempuan seperti itu (Yulia) pasti semuanya saya bunuh juga.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Ogos 2018 @ 6:46 PM