MANGSA makanan tercemar dibawa ke hospital. FOTO Reuters/Agencia Andina/Diresa Ayacucho
MANGSA makanan tercemar dibawa ke hospital. FOTO Reuters/Agencia Andina/Diresa Ayacucho
Reuters

SEKURANG-KURANGNYA 10 meninggal dunia dan puluhan lagi jatuh sakit selepas memakan makanan tercemar pada majlis pengebumian di Peruvian Andes,Peru, kata pihak berkuasa semalam.

Makanan berkenaan dicemari dengan organophosphates, keluarga kimia yang digunakan dalam racun serangga, kata Menteri Kesihatan Peru, Silvia Pessah, kepada stesen penyiar RPP.

Daripada 50 yang jatuh sakit pada majlis pengebumian di kampung San Jose de Ushua kelmarin, 10 meninggal dunia dan lapan lagi dalam keadaan kritikal, menurut agensi pertahanan awam Peru, Indeci di Twitter.

Pihak berkuasa memindahkan pesakit dari hospital di pedalaman di Ayacucho, wilayah Andean yang dihuni Pribumi bertutur bahasa Quechua.

Bedah siasat akan mengesahkan punca kematian, kata ketua agensi pertahanan Peru, Jorge Chavez.

Pessah berkata, ada dua kejadian keracunan organophosphate di wilayah sama beberapa bulan ini.

Pada 2013, 23 pelajar mati selepas memakan makanan dicemari racun serangga

monocrotophos, bahan ada dalam keluarga organophosphate. —

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Ogos 2018 @ 9:59 PM