GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Reuters

PENYERANG menembak mati 11 pemandu teksi yang baru kembali dari majlis pengebumian rakan mereka di Kwa-Zulu Natal, Johannesburg , kata jurucakap polis hari ini.

Mangsa, anggota persatuan teksi Gauteng, berada dalam bas mini yang dipandu sepanjang R74 apabila penyerang tidak dikenali melancarkan serang hendap dan melepaskan tembakan.

“Tembakan berlaku kira-kira 8 malam waktu tempatan malam semalam.

Kenderaan diserang hendap.

“Ada 11 kematian dan empat parah dan berada di hospital,” kata jurucakap Kwa-Zulu Natal, Jay Naicker.

Mangsa ialah anggota persatuan teksi Gauteng.

Beliau berkata, banyak berlaku keganasan membabitkan teksi di kawasan itu tetapi mereka masih menyiasat siapa yang penjenayah itu.

Teksi bas mini adalah bentuk pengangkutan paling popular di Afrika Selatan dan keganasan perkara biasa oleh kumpulan bermusuhan yang mahu menguasai laluan yang memberi keuntungan paling banyak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Julai 2018 @ 5:08 PM