ANGGOTA Taliban bersalam dengan tentera Afghanistan di Herat ketika gencatan senjata sempena Aidilfitri. - Reuters
ANGGOTA Taliban bersalam dengan tentera Afghanistan di Herat ketika gencatan senjata sempena Aidilfitri. - Reuters
AFP

Kabul: Pasukan keselamatan Afghanistan menyambung semula operasi terhadap Taliban selepas Presiden Ashraf Ghani mengisytiharkan gencatan senjata sempena Aidilfitri, tamat.

Ashraf yang menyifatkan gencatan senjata 18 hari itu berjaya ‘98 peratus’ berkata, beliau bersedia melanjutkan tempoh gencatan senjata itu bila-bila masa jika Taliban bersetuju.

Gencatan senjata berkenaan dilanjutkan sebanyak tiga kali selepas Taliban bersetuju turut meletak senjata selama tiga hari sempena Aidilfitri.

Terhentinya pertempuran selama tiga hari itu amat tidak dijangka sepanjang konflik 17 tahun di negara berkenaan dan disambut gembira di seluruh negara.

Malah, ada anggota keselamatan dan militan Taliban saling berpelukan dan mengambil swafoto.

Ia juga disambut baik kalangan orang awam yang selama ini menderita kesan perang dan menyuarakan harapan supaya rundingan damai baru diadakan.

“Gencatan senjata sudah tamat. Anggota keselamatan Afghanistan dibenarkan menyambung semula operasi ketenteraan.

“Namun, saya bersedia melanjutkan tempoh gencatan senjata jika Taliban bersetuju,” kata Ashraf di sini, semalam.

Menurutnya, gencatan senjata itu menunjukkan majoriti anggota militan mahukan keamanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Julai 2018 @ 5:47 AM