LAPANGAN Terbang Heathrow, London. FOTO Agensi
LAPANGAN Terbang Heathrow, London. FOTO Agensi
Agensi

PIHAK berkuasa Lapangan Terbang Heathrow, London mengosongkan lapangan terbang itu berikutan kejadian perlanggaran dua kenderaan di atas landasan.

Pasukan kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian pada 8 pagi waktu tempatan di Terminal 5.

Kejadian itu menyebabkan ratusan penumpang terkandas kerana tidak dibenar mendaftar masuk, manakala yang sudah berada dalam pesawat, sama ada diarah meninggalkan pesawat atau terkurung di dalamnya.

Menurut laporan The Telegraph, dua kenderaan bertembung di atas landasan menyebabkan dua kakitangan cedera.

Seorang lelaki berusia 40-an dihantar ke hospital di London Barat, manakala seorang lagi dirawat di tempat kejadian.

Polis dan pihak berkuasa lapangan terbang masih belum menyatakan punca kejadian.

Lebih 20 penerbangan tertangguh, sebahagian besarnya di Terminal 5.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Februari 2018 @ 7:23 PM