Kenderaan pihak berkuasa di tempat kejadian di atas landasan Lapangan Terbang Heathrow, London. FOTO SKY NEWS
Kenderaan pihak berkuasa di tempat kejadian di atas landasan Lapangan Terbang Heathrow, London. FOTO SKY NEWS
Lapangan Terbang Heathrow, London. FOTO AGENSI
Lapangan Terbang Heathrow, London. FOTO AGENSI
Agensi

SEORANG kakitangan Lapangan Terbang Heathrow, London, meninggal dunia di hospital selepas kenderaan lapangan terbang dipandunya, terbabit dalam kemalangan dengan satu lagi kenderaan di atas landasan.

Kenderaan pihak berkuasa di tempat kejadian di atas landasan Lapangan Terbang Heathrow, London. FOTO SKY NEWS
Kenderaan pihak berkuasa di tempat kejadian di atas landasan Lapangan Terbang Heathrow, London. FOTO SKY NEWS

Menurut laporan media Britain, mangsa dikatakan diserang sakit jantung menyebabkan kenderaan dipandunya melanggar kenderaan lain dekat Terminal 5, kira-kira jam 8 pagi, waktu tempatan.

Laporan itu tidak menyatakan jenis kenderaan dipandu mereka, namun ia adalah kenderaan milik lapangan terbang yang digunakan di landasan.

Lelaki itu yang berusia 40-an, dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.

Pemandu satu lagi kenderaan hanya cedera ringan.

Menurut The Telegraph, berikutan kejadian itu pihak berkuasa mengosongkan lapangan terbang itu.

Ratusan penumpang terkandas tidak dibenar mendaftar masuk manakala yang sudah berada dalam pesawat, sama ada diarah meninggalkan pesawat atau terkurung di dalamnya.

Lebih 20 penerbangan tertangguh, sebahagian besarnya di Terminal 5.

Berita berkaitan:

Penerbangan tertangguh akibat kemalangan di landasan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Februari 2018 @ 9:07 PM