CHOI (bercermin mata) diiringi polis ketika didakwa di sebuah mahkamah. FOTO kecil, Park turut ditangkap dan didakwa. - Agensi
CHOI (bercermin mata) diiringi polis ketika didakwa di sebuah mahkamah. FOTO kecil, Park turut ditangkap dan didakwa. - Agensi
Reuters

KAWAN bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye yang menjadi tumpuan utama skandal menggunakan pengaruh yang menggegarkan golongan perniagaan dan politik elit negara itu dipenjara 20 tahun, kata sebuah mahkamah di sini, hari ini.

Choi Soon-sil didapati bersalah menerima rasuah dari beberapa konglomerat Korea Selatan termasuk syarikat pengeluar telefon pintar terbesar dunia, Samsung dan Kumpulan Lotte.

Park dipecat sebagai presiden pada Mac lalu melalui undi tidak percaya dan dibicarakan secara berasingan atas beberapa tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pemerasan.

Bagaimanapun, Park menafikan sebarang salah laku.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara dua tahun enam bulan terhadap pengerusi syarikat kelima terbesar negara itu, Lotte hari ini dan mengarahkannya ditahan serta merta.

Pengerusi itu, Shin Dong-bin yang berada di mahkamah dan sudah ditahan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Februari 2018 @ 7:40 PM