Agensi

SEORANG wanita terselamat walaupun cedera parah akibat dirempuh kereta hingga melambung dalam kejadian yang dirakam CCTV di Lima, Peru, minggu lalu.

Dalam kejadian 25 Disember lalu, wanita itu dikenali sebagai Sandra Lopez Fuster sedang berjalan di kaki lima di sebelah jalan raya empat lorong apabila sebuah kereta yang terbabas dari laluan bertentangan merempuhnya.

Menurut Daily Mail, dalam rakaman itu, Sandra menyedari kereta itu meluru ke arahnya namun dia tidak boleh mengelak atau melarikan diri kerana terhalang dinding.

Wanita berkenaan kelihatan melambung ke udara akibat rempuhan itu. Dia kini dirawat di hospital akibat pelbagai kecederaan termasuk patah lutut.

Sandra  Lopez Fuster mengalami pelbagai kecederaan termasuk patah lutut. - Foto Daily Mail
Sandra Lopez Fuster mengalami pelbagai kecederaan termasuk patah lutut. - Foto Daily Mail

Polis menahan lelaki yang mendakwa memandu kereta itu dan ujian mendapati dia tidak mabuk ketika kejadian.

Namun, polis kemudian membuat siasatan baru selepas ada saksi mendakwa kereta itu sebenarnya dipandu lelaki lain dikenali sebagai Eduardo David Granados.

Lopez berkata: “Saya nampak kereta itu namun tidak boleh mengelak atau melarikan diri.

“Saya berasa tubuh melambung ke udara sebelum jatuh.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 January 2018 @ 9:45 PM
Petikan rakaman CCTV wanita dirempuh kereta di Lima, Peru. - Foto Daily Mail
Petikan rakaman CCTV wanita dirempuh kereta di Lima, Peru. - Foto Daily Mail