Tiada keceriaan apatah lagi senyuman pada wajah kanak-kanak Rohingya di kem pelarian Kutupalong dekat Cox’s Bazar, Bangladesh. - Foto AFP
Tiada keceriaan apatah lagi senyuman pada wajah kanak-kanak Rohingya di kem pelarian Kutupalong dekat Cox’s Bazar, Bangladesh. - Foto AFP
Pelarian Rohingya berbaris untuk mendapatkan bekalan bantuan di Cox's Bazar, Bangladesh, hari ini. - Foto REUTERS
Pelarian Rohingya berbaris untuk mendapatkan bekalan bantuan di Cox's Bazar, Bangladesh, hari ini. - Foto REUTERS
AFP

JUMLAH pelarian Rohingya yang memasuki Bangladesh kini mencecah 480,000 dengan PBB menganggarkan 45,000 pelarian baru tiba dalam masa dua hari lalu.

Laporan agensi PBB dan pertubuhan kebajikan antarabangsa menyatakan jumlah pelarian kembali meningkat selepas jumlahnya menurun minggu lalu dengan ratusan Muslim Rohingya menyeberang sempadan setiap hari.

Kawasan seluas 2,000 ekar (lapan kilometer persegi) berdekatan kem sedia ada di Cox’s Bazar dikhaskan untuk menempatkan pelarian baru tiba namun belum ada kemudahan dibina.

Penduduk Rohingya sanggup meninggalkan kampung halaman mereka di Rakhine, Myanmar, bagi menyelamatkan diri daripada keganasan tentera serta penduduk Buddha di sana.

Mereka memberitahu penduduk Muslim Rohingya, termasuk kanak-kanak dan wanita dibunuh dengan kejam, diperkosa dan perkampungan dibakar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 September 2017 @ 11:28 PM