AMAN Abdurrahman
AMAN Abdurrahman
AFP

Jakarta: Seorang guru agama yang dipenjara dinamakan sebagai suspek dalam serangan termasuk pengebom berani mati yang mengorbankan lapan orang di Jakarta pada tahun lalu, kata polis semalam.

Aman Abdurrahman dinamakan sebagai suspek serangan yang didakwa dilakukan militan Daish pada Januari 2016 yang menyebabkan empat penyerang maut, manakala empat orang awam terkorban.

“Dia secara rasmi dinamakan sebagai suspek dalam serangan di Jalan Thamrin.

“Kami mempunyai bukti mencukupi berhubung penglibatan Aman dalam serangan itu,” kata jurucakap polis, Setyo Wasisto.

Walaupun dipenjarakan sejak 2010 kerana terbabit dalam aktiviti pengganas, Aman didakwa merekrut militan untuk menyertai Daish di Syria dan Iraq.

Dia juga dipercayai masih berhubung dengan pemimpin Daish dan menjadi penterjemah utama propaganda kumpulan militan itu di Indonesia.

Dalam serangan itu, seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya dan polis bertempur dengan beberapa militan bersenjatakan pistol serta bom buatan sendiri.

Serangan itu yang pertama didakwa dilancarkan militan Daish di Asia Tenggara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2017 @ 8:10 AM