PEMENANG pertandingan akan meneruskan kerjaya sebagai ahli sumo profesional.
PEMENANG pertandingan akan meneruskan kerjaya sebagai ahli sumo profesional.
PERTANDINGAN melihat penyertaan ratusan kanak-kanak setiap tahun.
PERTANDINGAN melihat penyertaan ratusan kanak-kanak setiap tahun.
PESERTA membuat persediaan sebelum masuk ke gelanggang.
PESERTA membuat persediaan sebelum masuk ke gelanggang.
PESERTA bersaiz besar mengangkat lawannya yang jauh lebih kecil.
PESERTA bersaiz besar mengangkat lawannya yang jauh lebih kecil.
PESERTA cuba menolak lawan masing-masing.
PESERTA cuba menolak lawan masing-masing.
PERTANDINGAN dimenangi jika peserta meninggalkan gelanggang atau anggota badan menyentuh pasir.
PERTANDINGAN dimenangi jika peserta meninggalkan gelanggang atau anggota badan menyentuh pasir.
Agensi

Ratusan kanak-kanak sekolah rendah mengejar impian menjadi ahli sumo masuk ke gelanggang untuk menyertai kejohanan gusti sumo Wanpaku.

Murid lelaki dari darjah empat hingga enam bertarung sesama mereka untuk merebut gelaran juara sukan tradisional di acara yang diadakan di Tokyo.

Peserta dianggap menang apabila lawannya meninggalkan gelanggang atau mana-mana bahagian badan menyentuh pasir.

Sukan itu direka untuk memupuk moral supaya menjadi masyarakat yang baik, berani, bersyukur dan bertimbang rasa terhadap orang lain.

Imej menarik yang diambil pada kejohanan tahunan sukan itu merakam setiap aksi mencemaskan dilalui peserta.

Dalam satu perlawanan, seorang budak berbadan tegap dan besar dengan mudah mencampak lawan yang cuma separuh saiznya keluar dari gelanggang seolah-olah dia cuma anak patung.

Namun, rata-rata semuanya bertarung bersungguh-sungguh untuk menumpaskan lawan masing-masing.

Keazaman mereka demi memenangi kejohanan untuk dijadikan batu loncatan sebelum meneruskan kerjaya sebagai ahli gusti sumo profesional.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Ogos 2017 @ 2:19 AM