PERASMIAN bilik pameran baharu DELUX di Puchong oleh pengarah urusan DELUX, Kenny (dari kiri), Wendy Chui, Dylan Chui, Lin, dan Shei.
PERASMIAN bilik pameran baharu DELUX di Puchong oleh pengarah urusan DELUX, Kenny (dari kiri), Wendy Chui, Dylan Chui, Lin, dan Shei.
Muhamaad Razis Ismail

SEBUAH syarikat pintu pagar automatik terkemuka di negara ini, DELUX Stainless Steel Sdn Bhd membuka pusat pameran baharu di Putra Prima, Puchong, Selangor.

Bilik pameran itu dibuka untuk memberi peluang kepada pelanggan melihat sendiri dan memperoleh maklumat terperinci mengenai pelbagai produk yang dikeluarkan DELUX termasuk pintu keselamatan, pintu pagar tanpa trek dan sistem bumbung.

Menerusi pengalaman selama 16 tahun, DELUX kini memperkenalkan 'Ultra Fold' iaitu pintu pagar automatik enam panel tanpa trek pertama di negara ini dengan menggunakan teknologi baharu.

Pintu pagar automatik ini menyediakan lebih banyak ruang di bahagian depan tempat letak kereta selain dilengkapi sistem anti pecah rumah.

DELUX turut menyediakan lebih 100 reka bentuk pintu pagar untuk memberi lebih banyak pilihan mengikut cita rasa pelanggan mencantikkan rumah.

Selain itu, DELUX turut memperkenalkan 'Polyroof X25' dengan seni bina yang mampu menahan haba dan kalis bunyi menggunakan bahan diimport dari Jerman.

Ketebalan polikarbonat sehingga 25 milimeter bukan sahaja memberikan pelindungan UV, malah mengelakkan kekuningan.

DELUX sentiasa menampilkan inovasi baharu terhadap pintu pagar automatik, pintu keselamatan dan sistem bumbung sehingga dikenali bukan sahaja di negara ini, malah ke negara Asia lain termasuk Brunei, India, Indonesia, Iraq, Singapura dan Thailand.

DELUX menawarkan potongan hingga 40 peratus untuk setiap produk dan 50 pelanggan pertama layak mendapat rebat tambahan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari www.mydelux.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2020 @ 6:45 AM