KETEBALAN kasut olahraga akan ditambah berbanding ukuran yang lama. FOTO Agensi
KETEBALAN kasut olahraga akan ditambah berbanding ukuran yang lama. FOTO Agensi
AFP

Paris: Peraturan mengenai kasut olahraga generasi baharu akan diperketatkan selepas Sukan Olimpik Paris 2024, kata Persekutuan Olahraga Dunia (WA) semalam.

Langkah itu datang pada masa di mana tapak karbon dan bahan di dalam kasut olahraga mampu membantu meningkatkan prestasi atlet.

"Penyelesaian jangka panjang yang mampan akan dilaksanakan untuk kasut olahraga bagi mengimbangi inovasi dan keadilan, manakala pembekal pula diberi masa untuk menyesuaikan diri.

"Ketebalan untuk semua kasut olahraga dalam acara trek dan padang (akan berubah) kepada ketinggian 20 milimeter (mm) mulai 1 November 2024."

"Penekanan yang lebih ketat akan dilakukan untuk pemeriksaan kasut selepas perlumbaan melalui pengenalan prosedur kawalan kasut," kata WA.

Ketebalan sekarang adalah di antara 25mm, di mana pelaburan yang besar harus dilakukan pembekal untuk menyesuaikan diri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Disember 2021 @ 11:55 AM