DYLAN  (tengah) ketika pelancaran program sewa yang diperkenalkan.
DYLAN (tengah) ketika pelancaran program sewa yang diperkenalkan.

Kuala Lumpur: Delux Holdings (M) Sdn Bhd (Delux) kini menawarkan program sewa pintu pagar automatik tanpa trek dan pintu sekuriti pertama di Malaysia dalam usaha mengurangkan beban kewangan kepada bakal pelanggan.

Dengan kadar sewa serendah RM167 sebulan, pemilik kediaman kini berpeluang mendapatkan pintu pagar automatik atau pintu sekuriti untuk kediaman mereka.

Pengasas Delux, Datuk Dylan Chui Saig Herg berkata, program ini menawarkan pelanggan menyewa produk dan memiliki sepenuhnya selepas penyelesaian pembayaran mengikut tempoh perjanjian.

"Apa yang menarik adalah pelanggan boleh membuat bayaran melalui kaedah autodebit secara bulanan. Jadi, tidak perlu lagi terikat degan komitmen kad kredit serta berbelanja melebihi kemampuan atau bajet ketika pengubahsuaian rumah dan pembelian perabot," katanya.

Menurutnya, walaupun keadaan ekonomi dan harga bahan mentah sentiasa meningkat, pelanggan tetap boleh mendapatkan perkhidmatan berkenaan mengikut harga dikekalkan.

"Dalam masa sama, program ini mampu memberi fleksibiliti serta kaedah pengurusan aliran tunai lebih cekap kepada pelanggan.

"Apa yang penting adalah pelanggan tidak perlu membuat pembayaran penuh dengan kad kredit ketika berbelanja" katanya.

Menurutnya, pelanggan boleh memilih tempoh sewa mengikut kemampuan kewangan sama ada selama 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Februari 2023 @ 7:42 AM