WARNA memainkan peranan penting dalam memberikan ketenangan.
WARNA memainkan peranan penting dalam memberikan ketenangan.
PASTIKAN juga lampu hiasan mudah disesuaikan dengan pelbagai gaya berbeza.
PASTIKAN juga lampu hiasan mudah disesuaikan dengan pelbagai gaya berbeza.
HM Digital


BILIK tidur yang ditata hias indah pasti menjadi impian setiap dari kita. Berikut cara mudah bagi menzahirkan impian anda:

1. LAMPU TIDUR

Pencahayaan adalah cara penting tetapi murah untuk menjadikan bilik anda bagaikan hotel. Cuba dapatkan lampu hiasan yang menghiasi sisi katil umpamanya. Ia secara tidak langsung menaikkan seri ruang tidur dan memberi kehangatan biar pun anda memadamkan lampu utama.Pastikan juga lampu hiasan itu mudah disesuaikan dengan pelbagai gaya berbeza.

2. CADAR DAN BANTAL

Pilihan cadar dan bantal sesuai antara kunci tidur yang lena lagi selesa. Sebaiknya, dapatkan jenis fabrik yang anda suka dan selesa. Pada masa sama, bantal kecil penyeri katil juga penting kerana reka letaknya melengkapkan bantal tidur utama.

3. WARNA

Pastikan warna pilihan di bilik tidur anda tenang, mendamaikan dan sofistikated. Begitu juga dengan warnakan siling, kreativiti anda memilih warna yang sama seperti warna dinding mungkin satu pendekatan tepat. Jika mahu warna yang berlainan, kurangkan ton warna pada siling sebanyak 20 peratus.

4. LANTAI

Hamparan permaidani yang unik dengan corak mudah dipadankan dengan konsep ruang juga turut dicadangkan. Buat pilihan tepat dari segi motif atau corak dan warnanya kerana tujuan utama selain menyerikan ruang adalah mencipta ketenangan.

5. HIASAN DINDING

Hiasan pada dinding di atas kepala katil umpamanya tidak seharusnya dari produk mahal. Reka letak hiasan murah juga mampu tampil menarik jika sesuai digayakan. Apatah lagi hiasan dinding turut menjadi titik fokal ruang. Cermin pula memberi kesan visual menarik lebih-lebih lagi jika dindingnya bertentangan dengan tingkap.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Julai 2019 @ 5:30 AM