PESERTA yang menyertai Affin Treasury Trails.
PESERTA yang menyertai Affin Treasury Trails.
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Buat julung kalinya, Kumpulan Affin (Affin) menganjurkan Affin Treasury Trails dengan menjadikan landskap bandar raya ini sebagai acara pengembaraan celik kewangan yang menyeronokkan.

Acara berkenaan disertai 50 pasukan terdiri daripada 200 pelanggan dan wakil media serta 50 kakitangan Affin.

Acara berkonsepkan pendidikan kewangan itu, membabitkan aktiviti berjalan kaki selain menggunakan pengangkutan awam seperti Laluan Transit Aliran Massa (MRT), aliran transit ringan (LRT) dan monorel.

Pengembaraan itu termasuk perhentian di cawangan utama Affin KL, Affin Central di Menara Hap Seng dan Affin MyTown.

Pengarah Eksekutif Perbendaharaan Kumpulan Affin Bank Berhad, Hanif Ghulam Mohammed berkata, acara berkenaan mendapat sambutan menggalakkan dan penyertaan aktif daripada pelanggan serta kakitangan berdedikasi syarikat itu.

"Acara julung kali diadakan ini mengambil pendekatan baharu terhadap pendidikan kewangan dan pembabitan masyarakat.

"Dengan menggabungkan pengalaman pembelajaran dan menyepadukannya dengan persekitaran bandar raya Kuala Lumpur yang meriah, kami mencipta platform yang bukan sahaja mendidik tetapi juga mengujakan peserta tentang dunia kewangan selain disokong pengetahuan produk Affin.

"Paling penting, inisiatif ini bahagian penting daripada tonggak pelan strategik AX28 kami iaitu Perkhidmatan Pelanggan yang Tiada Tandingan dan Perbankan Bertanggungjawab.

Dengan Impak, menunjukkan komitmen kami untuk mencipta nilai untuk pemegang taruh, masyarakat dan alam sekitar," katanya pada Majlis Penutup Affin Treasury Trails di Menara Affin di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Affin Bank Berhad, Datuk Agil Natt.

Hanif berkata, elemen penggunaan pengangkutan awam dalam acara Affin Treasury Trails selaras dengan komitmen syarikat itu terhadap kelestarian dan mempamerkan pusat kewangan moden seperti TRX yang disepadukan dengan sistem pengangkutan awam yang cekap.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 9:19 AM