ALEX (tengah, berbaju putih) bersama 10 pelanggan bertuah MR TOY.
ALEX (tengah, berbaju putih) bersama 10 pelanggan bertuah MR TOY.

SERAMAI 10 pelanggan bertuah berpeluang mendapat pengalaman menyeronokkan apabila dipilih untuk menyertai acara beli-belah percuma selama 60 saat di MR TOY, dengan jumlah terkumpul bernilai RM10,000.

Kesemua 10 peserta dipilih daripada ribuan pelanggan yang mengambil bahagian dalam peraduan 'Beli-Belah Percuma selama 60 Saat MR TOY' baru-baru ini.

Untuk menyertainya, pelanggan MR TOY hanya perlu berbelanja RM50 dalam satu resit.

Peserta yang bertuah ialah Dahlia Mohamad Ramli, Siti Aisyah Muhamad Raslee, Nur Alyaa Aqilah Azlan, Wan Hafizin Jamil Wan Hamzah, Haikal Ambri Rosle dan Wan Noor Hazlinda Abdul Halim dari Selangor, Hafizudin Abd Halim dan Nurkamilah Hamzah dari Negeri Sembilan serta Cheok Lay Sze dan Teh Nurulaina Mohd Noor dari Kuala Lumpur.

Diadakan di premis MR TOY di Melawati Mall, acara berkenaan berlangsung dengan meriah apabila kesemua 10 peserta berlumba-lumba dengan troli beli-belah masing-masing untuk memaksimumkan nilai pembelian mereka.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY, Alex Goh berkata, sejak pembukaan premis pertamanya pada 2019, MR TOY berkembang menjadi rangkaian runcit mainan kegemaran rakyat Malaysia, dengan 54 cawangan di seluruh negara dan pelbagai jenis mainan dalam sembilan kategori.

"Lebih 7,000 mainan yang ditawarkan mendapat pengesahan oleh Piawaian Keselamatan Mainan Kesatuan Eropah (EN71), yang menjalankan ujian ketat bagi memastikan kualiti dan keselamatan semua mainan terbabit," katanya dalam kenyataan.

Baru-baru ini, peruncit itu juga melancarkan inisiatif Quality Toys, Greater Joys bertujuan membantu lebih ramai kanak-kanak di Malaysia mendapatkan akses kepada mainan berkualiti pada harga berpatutan, menyeronokkan dan berunsur pendidikan.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, ia juga telah melancarkan siri video yang menampilkan Sofia, enam tahun, sebagai 'Ketua Pegawai Hiburan' (CEO) dan Aiden, lima tahun, sebagai 'Bos Kecil'.

Siri ini memperlihatkan bagaimana kanak-kanak dapat menikmati pelbagai jenis mainan berkualiti tinggi daripada MR TOY dengan cara yang selamat dan menyeronokkan melalui saluran Youtube MR TOY.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Jun 2023 @ 7:08 AM