etua Pemasaran Shopee Malaysia Kenneth Soh (kanan) bersama penjual-penjual terbaik Shopee Malaysia (dari kiri) Roy Sam dari Perrysmith, Sammy Chong dari Celovis Jewelry, Kim Yeo dari Ecobb dan Khairul Amin Kamarulzaman dari Khairulaming Brand pada konvensyen tahunan platform e-dagang Shopee Seller Summit di Bandar Sunway. FOTO AMIRUDIN SAHIB
etua Pemasaran Shopee Malaysia Kenneth Soh (kanan) bersama penjual-penjual terbaik Shopee Malaysia (dari kiri) Roy Sam dari Perrysmith, Sammy Chong dari Celovis Jewelry, Kim Yeo dari Ecobb dan Khairul Amin Kamarulzaman dari Khairulaming Brand pada konvensyen tahunan platform e-dagang Shopee Seller Summit di Bandar Sunway. FOTO AMIRUDIN SAHIB
Oleh Sri Ayu Kartika Amri


Subang Jaya: Shopee kekal relevan untuk terus menjadi platform pasaran e-dagang penjual tempatan apabila syarikat teknologi itu sentiasa menambah baik dan memperkenalkan ciri perniagaan terbaharunya.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, sehingga kini, Shopee mempunyai hampir dua juta penjual tempatan yang aktif berniaga di platform itu.

Katanya, untuk tahun lalu, Shopee menaik taraf kemahiran dan mengintegrasikan lebih 250,000 penjual baharu untuk keterangkuman digital dan menyaksikan 145 penjual baharu mencatat rekod jualan melebihi RM500,000 dalam 12 bulan pertama dalam talian.

"Ia sejajar dengan usaha berterusan Shopee untuk memanfaatkan kuasa transformatif teknologi dalam mencipta keterangkuman ekonomi digital yang lebih kukuh," katanya pada acara Shopee Seller Summit di sini, semalam.

Menurutnya, setiap tahun, beribu penjual menjalin hubungan (networking) dan mempelajari sesuatu yang baharu untuk berkembang lebih pesat di Seller Summit Shopee.

Beliau berkata, pihaknya yakin akan memacu impak sosial dan perniagaan setiap industri, sekali gus membawakan ciri praktikal perniagaan untuk menaik taraf kemahiran, dan memperkasakan penjual untuk mencapai kejayaan dalam talian serta membina masa depan mampan untuk penjual.

Sementara itu, Pengarah Shopee Malaysia, Cheng Xun Chua turut mengumumkan inisiatif platform 2023 yang bertumpukan kemajuan penjual Malaysia.

Beliau berkata, Shopee mengukuhkan keupayaan logistik dan pembayaran serta mengutamakan pemeliharaan jenama dengan menambah baik pengalaman beli-belah pelanggan berasaskan nilai.

"Shopee juga memaksimumkan nilai jangka hayat pelanggan menggunakan pangkalan pengguna dengan membina sinergi kategori silang dan merapatkan lagi hubungan antara penjual dan pelanggan mereka, meningkatkan pembabitan pembeli-belah dan maksimumkan kecapaian penjual.

"Di landskap e-dagang terkini, pelanggan mengambil peduli nilai yang dipegang dan yang dipraktikkan oleh penjual dengan memeriksa apa kata pempengaruh dan rakan sekutu mengenai jenama mereka.

"Dengan Shopee 360 Marketing Solutions, kami membekalkan platform solusi pemasaran yang komprehensif dan menyeluruh termasuk menyediakan pelbagai khidmat dan fungsi perniagaan bagi membantu penjual meningkatkan jualan dan profil mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2023 @ 7:41 AM