IAN Ho (dua dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SimplySiti, Azuddin Rahman (kanan) dan Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza (dua dari kanan) ketika perlancaran kolaborasi diantara Shopee X Simplysiti di Hotel Grand Hyatt. FOTO: Nurul Syazana Rose Razman.
IAN Ho (dua dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SimplySiti, Azuddin Rahman (kanan) dan Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza (dua dari kanan) ketika perlancaran kolaborasi diantara Shopee X Simplysiti di Hotel Grand Hyatt. FOTO: Nurul Syazana Rose Razman.
Sri Ayu Kartika Amri


SHOPEE Malaysia, optimis segmen kecantikan dan kesihatan akan terus menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan kumpulan.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, buat masa ini kira-kira 70 peratus pengguna Shopee adalah golongan wanita yang mana kebanyakan daripada mereka banyak membeli produk kesihatan, kecantikan dan fesyen.

Katanya, produk wanita sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggan dan pihaknya melihat potensi pasaran yang besar dalam segmen berkenaan.

“Produk wanita adalah segmen terbesar dalam platform e-dagang ini dan kami yakin ia akan terus memacu pendapatan kumpulan dan berada di kedudukan teratas berbanding segmen lain.

“Malah, Shopee Malaysia terus berkembang setiap tahun dengan 550 jenama terkemuka dan 500,000 penjual aktif serta 20 juta muat turun aplikasi Shopee.

“Shopee juga berjaya menjadi platform beli-belah dalam talian pertama di negara ini,” katanya kepada media selepas majlis kerjasama antara Shopee, SimplySiti dan CIMB Islamic Bank Bhd di Kuala Lumpur, hari ini.

Ho berkata, jenama SimplySiti sudah berada di platform Shopee sejak usia kedai e-dagang itu belum mencecah satu tahun.

“Dengan kerjasama ini, kami berharap dapat membawa jenama Malaysia melangkah ke pasaran global terutama di Indonesia yang mempunyai 80 juta pengguna berbanding hanya tertumpu di pasaran Malaysia yang memiliki 20 juta pengguna,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Julai 2019 @ 7:22 PM