Abd Rahman (tengah) bersama kakitangan Kedai Ayamas menunjukkan menu Ayam Panggang Pedas Korea.
Abd Rahman (tengah) bersama kakitangan Kedai Ayamas menunjukkan menu Ayam Panggang Pedas Korea.

Kuala Lumpur: Seiring dengan kehangatan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Kedai Ayamas kembali melancarkan kehangatan Ayam Panggang Pedas Korea untuk tahun ketiga di atas permintaan ramai.

Pengarah Eksekutif Ayamas Shoppe Sdn Bhd, Abd Rahman Md Dawi berkata, dengan tagline 'Rasai Kepedasan Yang Enak Hari Ini', Ayam Panggang Pedas Korea adalah resepi istimewa Kedai Ayamas yang amat digemari oleh pelanggan-pelanggan sejak diperkenalkan pada tahun 2020. "Keunikan citarasa sos istimewa pedas korea dengan gabungan rasa manis-masam dan taburan bijan telah memikat selera Keluarga Malaysia yang sentiasa inginkan citarasa yang baru dan menarik termasuklah makanan dari negara lain khususnya dari Korea," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, bagi memeriahkan dan menghargai sokongan berterusan Keluarga Malaysia kepada Kedai Ayamas, promosi terhad Ayam Panggang Pedas Korea kali ini dihangatkan lagi dengan peraduan Beli dan Menang yang berlangsung dari 16 November 2022 sehingga 31 Disember 2022.

Melalui pembelian bernilai RM30 ke atas yang meliputi nilai belian salah satu Kombo Ayam Panggang Pedas Korea berserta slogan yang menarik dan kreatif, pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai RM25,000 yang ditawarkan.

Terdapat banyak hadiah yang menarik untuk dimenangi, dengan hadiah utama adalah pakej percutian untuk dua orang ke Korea Selatan beserta pelbagai hadiah lain seperti dua set Android TV 55 inci, dua set jam pintar, dua set Samsung Galaxy Tab, dua set Philips Air Fryer, dua set Tefal Pressure Cooker, dua set Samsung Microwave dan baucar tunai Kedai Ayamas.

Bersempena promosi ini, Kedai Ayamas menawarkan set a la carte Ayam Panggang Pedas Korea pada harga dari RM12.90 sehingga RM36.90. Di samping itu terdapat set hidangan lengkap iaitu Set Jeju untuk seorang pada harga RM9.90, Set Itaewon untuk dua orang bernilai RM29.90 dan Set Incheon untuk empat orang bernilai RM49.90.

Untuk set hidangan lengkap pelanggan akan menikmati pelbagai pilihan gabungan menu iaitu Ayam Panggang Pedas Korea, "Mixed Seafood Oden" dan "Chicken Strips Rice Bowl".

Promosi Ayam Panggang Pedas Korea boleh di dapati di semua cawangan Kedai Ayamas di seluruh negara untuk jangka masa terhad selama enam minggu bermula 16 November 2022, selagi stok masih ada.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2022 @ 5:37 PM