Ayam Panggang Golden Prosperity.
Ayam Panggang Golden Prosperity.

Kuala Lumpur: Kedai Ayamas membawa kembali kelazatan Ayam Panggang Golden Prosperity untuk dinikmati semua bersempena dengan kedatangan perayaan Tahun Baru Cina, sesuai dengan moto "Kelazatan Dikongsi Bersama".

Gabungan rasa pedas dan masam manis bagi setiap gigitan disempurnakan lagi dengan taburan bijan yang menyerikan kelazatan ayam panggang Golden Prosperty.

Menu kali ini menjadi lebih istimewa dengan hidangan sampingan iaitu sayur bendi sambal cili udang rangup.

Ayam Panggang Golden Prosperity ini ditawarkan dalam tempoh masa terhad iaitu bermula dari 16 Januari sehingga 19 Februari 2023 dan selagi stok masih ada.

Ayam Panggang Golden Prosperity ini berharga di antara RM12.90 hingga RM36.90 untuk hidangan ala-carte.

Untuk set makanan penuh, pelanggan boleh memilih antara Kombo Set A (Lucky Meal) untuk hidangan seorang pada harga RM9.80 atau Set Combo B (Fortune Meal) untuk hidangan dua orang pada harga RM23.80.

Pelanggan juga boleh mendapatkan Ayam Panggang Golden Prosperity terbaharu ini melalui perkhidmatan penghantaran dan bawa pulang melalui khidmat penghantaran makanan seperti Grabfood, Foodpanda dan Shopeefood.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2023 @ 3:59 PM