Bisnes Metro

Kuala Lumpur: Kara Holding Sdn Bhd (Kara), pemilik rantaian Kedai Ayamas kini membawakan hidangan istimewa iaitu ayam panggang untuk pelanggannya di Kemaman, Terengganu.

Penggemar ayam panggang di sekitar Kemaman boleh menikmati keenakan tiga perisa utama ayam panggang Kedai Ayamas iaitu Golden, Pepper dan Percik.

Selain ayam panggang, Kedai Ayamas juga menyediakan pelbagai menu seperti mi kari, nasi ayam, spageti, bebola daging serta frank-in-bun untuk memberi lebih pilihan buat pelanggan mereka.

Produk sejuk beku jenama Ayamas seperti nuget, sosej, drumet dan ayam goreng juga boleh didapati di cawangan ini pada harga berpatutan.

Pengarah Eksekutif KARA, Abd Rahman Md Dawi berkata, pembukaan cawangan di Kemaman ini di bawah program francais Kedai Ayamas.

"Program ini dilancarkan sejak 2019 dan mendapat sambutan positif daripada orang ramai.

"Sebagai jenama dikenali sejak 33 tahun lalu, Kedai Ayamas menyediakan perkhidmatan makan di restoran, bawa pulang dan penghantaran.

"Ini membolehkan pelanggan menikmati pelbagai jenis pilihan kegemaran ayam panggang, makanan sejuk beku dan makanan sedia untuk dimakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 7:30 AM