ABD Rahman bersama pengurus outlet Kedai Ayamas menunjukkan hidangan Ayam Panggang Telur Asin.
ABD Rahman bersama pengurus outlet Kedai Ayamas menunjukkan hidangan Ayam Panggang Telur Asin.

Kuala Lumpur: Aroma sos telur asin sememangnya membangkit selera!

Justeru, bagi penggemar telur asin dan atas permintaan ramai, hidangan Ayam Panggang Telur Asin Salted Egg Kedai Ayamas kini kembali lagi.

Menampilkan rasa telur asin lemak manis berkrim dengan keharuman daun kari yang menyaluti ayam panggang pilihan di Kedai Ayamas begitu mempesona dan mengasyikkan.

Gabungan sempurna ini pasti memberikan satu cita rasa yang akan memikat hati rakyat Malaysia.

Pengarah Eksekutif Ayamas Shoppe Sdn Bhd, Abd Rahman Md Dawi berkata, pihaknya sangat teruja dengan sambutan hebat diberikan rakyat Malaysia pada tahun lalu.

Justeru, menurutnya, pihaknya mengambil keputusan untuk membawanya kembali pada tahun ini.

"Dengan 'sentuhan resipi istimewa Kedai Ayamas' Ayam Panggang Telur Asin pastinya memberikan kepuasan kepada penggemar rasa telur asin dengan keunggulan rasanya.

"Ia adalah salah satu rasa tempatan dan pastinya mengamit selera seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Abd Rahman berkata, Ayam Panggang Telur Asin Kedai Ayamas itu dijual pada harga antara RM9.90 hingga RM30.90.

Selain itu, katanya, untuk set hidangan lengkap terdapat tiga pilihan set Kombo yang disediakan kepada pelanggan iaitu Set Kombo A untuk seorang pada harga RM15.90, Set Kombo B (dua orang) pada harga RM31.90 dan Set Kombo C (empat orang) pada harga RM56.90.

"Setiap set Kombo dilengkapi dengan Ayam Panggang Telur Asin, nasi ayam dan pilihan minuman berkarbonat.

"Kami berharap seluruh rakyat Malaysia akan menikmati Ayam Panggang Telur Asin yang ditawarkan pada masa terhad ini dengan insan tersayang," katanya.

Promosi Ayam Panggang Telur Asin ini akan bermula hari ini sehingga 24 September 2021 di seluruh rantaian Kedai Ayamas/Ayamas Roaster Express.

Kini terdapat 68 Kedai Ayamas/Ayamas Roaster Express di Semenanjung Malaysia.

Selain itu, Ayamas Shoppe Sdn Bhd yang juga adalah pemilik jenama dan pengendali outlet Kedai Ayamas dan Ayamas Roaster Express merancang untuk membuka lebih banyak outlet dalam tiga tahun ke depan melalui program francais Kedai Ayamas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Ogos 2021 @ 7:02 AM