Datuk Shireen Ann Zaharah Muhiudeen.
Datuk Shireen Ann Zaharah Muhiudeen.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Media Prima Berhad (Media Prima) mengumumkan pelantikan Datuk Shireen Ann Zaharah Muhiudeen sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, berkuat kuasa 1 Ogos 2022.

Beliau memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam perkhidmatan kewangan dan sektor korporat, dengan rekod prestasi yang kukuh dalam pasaran ekuiti Asia yang meningkat naik.

Beliau merupakan pengasas, pengarah urusan dan pengurus dana utama Corston-Smith Asset Management, sebuah syarikat

pengurusan aset bebas yang merupakan salah satu penandatangan awal kepada Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPRI), di mana beliau menyandang jawatan ini dari 2004 hingga 2019.

Sebelum itu, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif AIG Investment Corporation (Malaysia).

Seorang penyokong kuat amalan Tadbir Urus Korporat dan aktivisme Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Shireen telah berkhidmat dalam beberapa Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga dalam syarikat tersenarai awam termasuk sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif di Bursa Malaysia. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AMMB Holdings Berhad, HSBC Bank Malaysia

Berhad, Integrax Berhad, dan Encorp Berhad.

Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli Majlis Tindakan

Ekonomi, dipengerusikan oleh Perdana Menteri serta Ahli Lembaga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Sebagai pengiktirafan terhadap kerjanya dalam industri, beliau dinamakan sebagai salah seorang daripada

25 wanita paling berpengaruh di rantau Asia Pasifik untuk pengurusan aset oleh Asian Investor, sebuah

penerbitan serantau, pada Jun 2011.

Pada Mac 2014, beliau diberi penghormatan oleh Forbes Asia

sebagai salah seorang daripada 50 Asia's Power Businesswomen 2014.

Mengulas mengenai pelantikan terbaharu ini, Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid berkata, Lembaga Pengarah Media Prima, mengalu-alukan

kedatangan Shireen ke dalam Kumpulan.

"Beliau adalah seorang tokoh yang terkenal dan dihormati

dalam bidang korporat dan pengalamannya yang luas akan membawa nilai pelengkap yang hebat kepada

Lembaga Pengarah dalam mengukuhkan kedudukan Media Prima sebagai Kumpulan media terkemuka Malaysia," katanya dalam kenyataan.

Shireen berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Loyola Marymount University, Amerika Syarikat dan Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dari University of Southern California, Amerika Syarikat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2022 @ 5:45 PM