BOOST terus mengukuhkan sokongannya terhadap rakyat Malaysia dengan mensubsidikan 50 peratus bagi pembelian barangan runcit. FOTO Arkib NSTP
BOOST terus mengukuhkan sokongannya terhadap rakyat Malaysia dengan mensubsidikan 50 peratus bagi pembelian barangan runcit. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Aplikasi gaya hidup dan perkhidmatan kewangan digital, Boost terus mengukuhkan sokongannya terhadap rakyat Malaysia dengan mensubsidikan 50 peratus bagi pembelian barangan runcit termasuk telur dan ayam sepanjang Julai.

Subsidi ini sebahagian daripada bantuan #BoostUntukRakyat yang bertujuan mengurangkan kos perbelanjaan harian.

Boost turut menggalakkan rakyat Malaysia mencadangkan sokongan diperlukan di saluran media sosial rasminya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sheyantha Abeykoon berkata, bagi membantu menangani peningkatan kos sara hidup, Boost bersedia menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia.

"Bantuan #BoostUntukRakyat adalah inisiatif berterusan, dan kami mendengar pandangan rakyat mengenai sokongan lain dari Boost yang diperlukan bagi meringankan beban kewangan masyarakat. Kami menggalakkan rakyat berkongsi cadangan dan kami berusaha menambah baik sokongan kami," katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie berkata, ramai rakyat Malaysia menghadapi kesusahan menampung kos sara hidup dalam beberapa bulan kebelakangan ini, disebabkan kenaikan harga barangan keperluan.

"Kami berharap subsidi 50 peratus baharu untuk pembelian barangan runcit membolehkan rakyat lebih berjimat apabila membeli telur, ayam, dan barangan keperluan di pasaraya rakan niaga kami di seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak," katanya.

Sepanjang Julai, rakyat Malaysia boleh menebus RM10 Partner Wallet kredit #BoostUntukRakyat bagi pembelian barang runcit di dalam BoostUP Rewards Catalogue dengan menggunakan hanya 4,000 Boost Stars – iaitu diskaun 50 peratus daripada 8,000 Boost Stars asal.

Sebagai alternatif, pengguna juga boleh menebus RM10 Partner Wallet kredit menggunakan kombinasi RM4.75 dan 200 Boost Star menerusi fungsi FlexiRedeem, untuk penjimatan RM5 atau diskaun 50 peratus.

"FlexiRedeem memberi pengguna Boost fleksibiliti unik untuk menebus ganjaran menggunakan Boost Star dan tunai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Julai 2022 @ 8:56 AM