Kuala Lumpur: Lazada menceriakan hati rakyat Malaysia dengan ribuan baucar Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum setiap hari sambil membawakan pelbagai tawaran dan ganjaran hebat sempena sambutan ulang tahun ke-10 Jualan 12.12 Lazada.

Bermula hari ini sehingga 14 Disember, 50,000 baucar Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum diberikan setiap hari pada jam 8 pagi di laman Penghantaran Percuma Lazada (https://lzd.co/LazadaMYFreeShipping).

Pengguna boleh mengumpulkan baucar harian berkenaan bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari untuk menerima potongan RM5 secara automatik bagi yuran penghantaran apabila membeli barangan terpilih dengan ikon Penghantaran Percuma*.

Berjuta produk daripada ribuan penjual layak untuk baucar Penghantaran Percuma ini termasuk jenama LazMall seperti Pandora, OxWhite dan banyak lagi.

"Jualan mega Lazada berkhidmat selama sedekad untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan berbagai peniaga kecil, jenama dan perniagaan dalam talian.

"Jualan mega kami yang bermula apabila Lazada hanya berusia beberapa bulan dengan cita-cita menyokong pertumbuhan ekonomi digital tempatan kini berkembang dan dianggap sebagai piawaian industri.

"Sebagai tanda penghargaan kepada pembeli kami dan sempena sambutan ulang tahun ke-10 Jualan 12.12 Lazada, pelanggan boleh membeli dan menghantar barangan kepada orang tersayang di seluruh negara tanpa perlu menanggung yuran penghantaran pada musim pemberian hadiah akhir tahun ini," kata Ketua Pertumbuhan Pengguna Lazada Malaysia Rick Ting.

Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga boleh memenangi hadiah lumayan berupa sebuah kereta Nissan Almera Turbo dalam Lazada 12.12 Grand Year-End Sale bermula 12 hingga 14 Disember.

   

Lazada Bonus: Kumpulkan diskaun tambahan bernilai sehingga RM320

Sebagai hadiah istimewa daripada Lazada kepada pengguna, setiap rakyat Malaysia juga boleh mengumpulkan Lazada Bonus bernilai sehingga RM320 bermula 5 Disember lalu.

Pengguna boleh mengumpulkan Lazada Bonus penuh berjumlah RM320 dengan mengunjungi aplikasi Lazada setiap hari, bermain permainan Lazzie Star, menyempurnakan misi LazCoins, kongsikan Lazada Bonus di media sosial dan dari semasa ke semasa melayari laman Jualan 12.12 Lazada untuk melihat produk ditawarkan*.

Sepanjang Jualan 12.12 Lazada bermula 12 hingga 14 Disember, Lazada Bonus yang dikumpulkan boleh digunakan untuk menebus diskaun tambahan RM10 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan bagi produk dengan lencana Lazada Bonus*.

Lazada Bonus boleh ditambah kepada diskaun dan baucar sedia ada merentasi pelbagai kedai, untuk memberikan diskaun tambahan 10 peratus. Lebih banyak Lazada Bonus yang dikumpulkan, lebih besar penjimatan. Potongan sehingga 50 peratus daripada Brand Mega Offers di LazMall sama ada untuk mendapatkan peranti elektronik, perhiasan rumah, produk kecantikan, fesyen, barang keperluan dapur atau apa jua barangan lain, rakyat Malaysia boleh mencari hadiah paling sesuai untuk semua di Jualan 12.12 Lazada.

Rakan jenama rasmi LazMall akan menawarkan potongan sehingga 50 peratus bagi produk mereka.

Selain tawaran hebat disediakan pada 12.12, pembeli bijak boleh memanfaatkan lagi wang mereka dengan Chup Dulu, iaitu ciri pratempahan dalam aplikasi Lazada.

Pelanggan boleh membuat pratempahan set hadiah bermusim eksklusif daripada jenama LazMall terkenal seperti Estée Lauder, M.A.C., Lancôme, Amazin' Graze, LEGO, illycaffè, dan banyak lagi dengan membayar deposit 10 peratus dari sekarang sehingga 11 Disember*.

Pada 12 Disember mulai jam 2 pagi, pembeli boleh membuat bayaran bagi tawaran Chup Dulu dengan mudah*.

   

Kemudahan Terkini: Gunakan Lazada Wallet untuk bayar ketika terima

Untuk memudahkan lagi pengalaman menggunakan eDagang pada Jualan 12.12 ini, Lazada Wallet kini menyediakan kemudahan pembayaran on delivery tanpa tunai di seluruh negara.

Pengguna boleh memilih alternatif digital ini dengan menetapkan bayar ketika terima di halaman pembayaran, kemudian apabila barangan tiba, minta kod QR untuk membayar menerusi Lazada Wallet menggunakan fungsi imbas dalam aplikasi Lazada pada masa penghantaran.

Pengguna Lazada Wallet baru juga akan menerima rebat sebanyak RM4 apabila menggunakan pembayaran Lazada Wallet on delivery pada Jualan 12.12*.

Lazzie Hunt: Cari Kenderaan Lazada dan imbas Pelekat Lazzie untuk mendapatkan baucar diskaun sehingga RM50 dan peluang memenangi sebuah kereta Nissan Almera Turbo

Lazzie, maskot Lazada yang diminati ramai, menjelajah dunia fizikal sempena 12.12 Grand Year-End Sale untuk menggembirakan pengguna Lazada dengan membawakan baucar istimewa.

Di seluruh negara, rakyat Malaysia boleh mencari dan mengimbas kod QR Lazzie Hunt yang terpampang pada semua kenderaan penghantaran logistik Lazada untuk mengumpulkan pelekat Lazzie, yang boleh ditukarkan dengan baucar diskaun seluruh platform dengan potongan sehingga RM50 dan peluang memenangi kereta Nissan Almera Turbo serba baharu*.

Kod QR Lazzie Hunt juga membuat kemunculan khas di kedai fizikal rakan jenama, termasuk Domino's Pizza, CIMB Bank, US Pizza, Maxis dan OYO.  

Sambil menantikan 12.12 Sale, Lazada juga akan menganjurkan siaran langsung yang dikendalikan Ketua Pegawai Diskaun pada jam 9 malam dari 9 hingga 11 Disember menerusi saluran penstriman langsung LazLive dalam aplikasi Lazada.

Ketua Pegawai Diskaun Lazada, Ain Edruce bersama Sissy Aiman dan Shaun Stephen akan mengacarakan rancangan untuk memberi ganjaran berupa baucar eksklusif berjumlah RM30,000 kepada penonton*.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan 12.12 Lazada, sila layari https://lzd.co/MegaSale.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Disember 2021 @ 7:08 AM