unifi perkenal lima komitmen untuk pengalaman jalur lebar terbaik.
unifi perkenal lima komitmen untuk pengalaman jalur lebar terbaik.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Jaminan baik pulih dalam 24 jam atau pelanggan akan menerima pampasan rebat bil berjumlah RM50.

Itu adalah komitmen yang diperkenalkan Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui lima inisiatif #unificares bagi mengubah pengalaman pelanggannya secara menyeluruh.

Ketua Pegawai Pemasaran TM, Shanti Jusnita Johari berkata, #unificares adalah bukti usaha berterusan syarikat dalam mengutamakan pelanggan.

"TM dan unifi akan melaksanakan segala yang termampu dari segi kepuasan pelanggan. Jaminan baik pulih dalam tempoh 24 jam ini adalah yang pertama seumpamanya dalam industri.

"Ini komitmen kami terhadap pelanggan unifi untuk terus menikmati pengalaman jalur lebar terbaik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, langkah berani unifi ini adalah bagi memenuhi permintaan pelanggan yang memerlukan sambungan yang diyakini, sama ada dari segmen pengguna mahupun perniagaan, khususnya ketika perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menumpukan kepada usaha pemulihan dan pertumbuhan serta pengguna yang terus bekerja dan belajar secara hibrid susulan pandemik.

Lima inisiatif inovatif #unificares adalah jaminan baik pulih perkhidmatan dalam 24 jam, Makluman Perkhidmatan Proaktif, aplikasi layan diri berasaskan visual iaitu Easyfix, Service Tracker atau pengesan perkhidmatan dan kumpulan pakar wifi iaitu unifi Elite.

"Inisiatif ini memberi fokus untuk mempertingkatkan pengalaman jalur lebar dengan mengurangkan tempoh tiada perkhidmatan (downtime) kepada tahap yang paling minimum.

"Bagi inisiatif baik pulih dalam 24 jam, sekiranya tidak dapat dipulihkan dalam tempoh berkenaan daripada masa aduan dikemukakan, pelanggan akan menerima pampasan rebat bil sejumlah RM50, yang boleh dituntut menerusi aplikasi myunifi dalam tempoh 30 hari.

"Ini adalah yang pertama seumpamanya dalam industri telekomunikasi tempatan dan komitmen kepada strategi unifi mengutamakan pelanggan.

"Jaminan baik pulih perkhidmatan dalam 24 jam ini bermula 30 November 2021 dan kelayakan menerima pampasan adalah untuk pelanggan yang melanggan pakej 100Mbps dan ke atas," katanya.

Menurutnya, satu lagi inovasi yang diperkenalkan menerusi kempen ini ialah Makluman Perkhidmatan

Proaktif iaitu satu sistem pengesanan dan intervensi awal yang memastikan notifikasi awal dan baikpulih pantas buat pelanggan.

"Pelanggan yang terbabit akan dimaklumkan berkenaan proses baikpulih menerusi SMS dan notifikasi di aplikasi myunifi.

"Inisiatif berfokuskan pelanggan lain yang turut diperkenalkan sempena kempen ini adalah aplikasi layan diri Easyfix, Service Tracker dan pakar-pakar unifi Elite," katanya.

Easyfix adalah aplikasi layan diri berasaskan visual yang mudah yang membolehkan pelanggan memeriksa dan melakukan kenalpasti masalah (troubleshoot) secara pantas terhadap sambungan internet, perkhidmatan telefoni atau unifi TV.

"Sekiranya sesuatu isu tidak dapat diselesaikan, Easyfix akan secara automatik membuat laporan atau 'service ticket' untuk tindakan segera oleh unifi Care Crew atau menghubungkan pelanggan kepada ejen live chat bagi bantuan lanjut.

"Easyfix boleh diakses pada bila-bila masa menerusi aplikasi myunifi di bawah 'Support' atau di easyfix.com.my," katanya.

Menurutnya, Service Tracker membolehkan pelanggan melihat dan mengetahui status permohonan

bantuan perkhidmatan dan teknikal secara masa nyata termasuk butiran TM Care Crew yang ditugaskan, menerusi aplikasi myunifi.

"Pengguna boleh mengakses Service Tracker ini di bawah 'My Activity' daripada laman Account mereka.

"Bagi unifi Elite pula, ia adalah sekumpulan pakar WiFi yang dilatih khusus untuk memberikan

pelanggan khidmat nasihat dan penyelesaian tersendiri bagi meningkatkan pengalaman

sambungan mereka sama ada di premis kediaman atau perniagaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 November 2021 @ 5:25 PM