FARIDAH ketika mempromosikan kempen Jom Jalan-Jalan.
FARIDAH ketika mempromosikan kempen Jom Jalan-Jalan.

Kuala Lumpur: Seiring pembukaan semula perjalanan domestik antara negeri, Petron Malaysia dengan kerjasama Tourism Malaysia melancarkan kempen Jom Jalan-Jalan untuk mempromosikan pelancongan domestik.

Pengurus Besar Petron Malaysia, Faridah Ali berkata, kempen Jom Jalan Jalan ini akan berlangsung selama lima bulan dan bertujuan untuk memberi ganjaran menarik kepada pelanggan termasuk pakej percutian dan wang tunai untuk meneroka tempat pelancongan menarik di dalam negara.

"Kempen ini memberi ganjaran kepada 1,156 pemenang termasuk 56 pelanggan bertuah yang akan muncul sebagai pemenang hadiah utama sepanjang tempoh lima bulan kempen berlangsung.

"Pakej percutian dimenangi merangkumi pakej tiga hari dua malam (3H2M) menawarkan peluang kepada pelanggan menikmati alam semula jadi di beberapa tapak glamping terbaik di Malaysia," katanya.

Petron bekerjasama dengan rakan pelancongan dan resort tempatan seperti Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sunway Lost World of Tambun, Camp Out! At Sunway Lagoon, Orchard Wellness Melaka, Glamz Genting, Sepilok Forest Edge dan Culvert Santubong serta VIP Pass Holidays (Malaysia) dan TREVO Malaysia untuk menyediakan hadiah pakej percutian yang menyeronokkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 November 2021 @ 7:00 AM