PAKEJ  harga  serendah  RM130  itutermasuk  aktiviti  snorkeling  di  PulauTengah,  Pulau  Besar  dan  Pulau  Hujung.
PAKEJ harga serendah RM130 itutermasuk aktiviti snorkeling di PulauTengah, Pulau Besar dan Pulau Hujung.
Essa Abu Yamin


Mersing: Daerah ini yang kaya dengan keindahan
tempat peranginan seperti pantai dan pulau kini menjadi pilihan pelancong domestik untuk bercuti
bersama keluarga serta rakan.

Setiausaha Persatuan Pelancongan Mersing (MTA) Ahmad Firdaus Shaik Omar berkata, keputusan kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan domestik menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa awal Jun lalu menyebabkan jumlah pelancong bercuti di daerah ini meningkat.

"Ia juga disokong pakej pelancongan ke pulau di sekitar Mersing mendapat sambutan menggalakkan sejak PKPP diumumkan.

"Semua syarikat pelancongan di Mersing juga diberi lampu hijau untuk menawarkan kegiatan perjalanan pulau oleh Majlis Daerah Mersing (MDM) pada Ogos lalu dan sejak itu pelancong dari dalam dan luar negeri berpusu-pusu ke pulau yang ada di sini," katanya.

Menurut beliau, lokasi pulau yang jaraknya cukup dekat adalah satu kelebihan dan pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti air pada waktu siang seawal jam 8 pagi dan pulang sebelum jam 6 petang pada hari sama.

"Terdapat banyak pengusaha pelancongan di Mersing menawarkan pakej lawatan sehari ke pulau dengan harga bermula serendah RM130 hingga RM170 seorang.

"Bagi aktiviti ke pulau, lebih 10 bot melakukan perjalanan setiap hari dari Jeti Mersing dan setiap bot boleh membawa maksimum 12 penumpang.

"Pakej harga serendah RM130 itu termasuk aktiviti snorkeling di Pulau Tengah, Pulau Besar dan Pulau Hujung manakala pakej RM170 pula pelancong akan dibawa ke Pulau Sibu Kukus, Pulau Tokong Rakit, Pulau Lima, Pulau Mentigi dan Pulau Tinggi," katanya.

KEINDAHAN  gugusan  kepulauan  Mersing  pastinya  menjanjikan  percutian  sukard i l u p a ka n .
KEINDAHAN gugusan kepulauan Mersing pastinya menjanjikan percutian sukard i l u p a ka n .

Ahmad Firdaus berkata, pantai di Mersing juga tidak kurang menariknya seperti Pantai Air Papan, Pantai Penyabong, Pantai Tanjung Leman, Pantai Tanjung Resang dan Pantai Pasir Lanun menjadi tempat pengunjung singgah untuk berekreasi di tepi pantai.

"Baru-baru ini juga ramai pengunjung datang ke pantai di sekitar Mersing dan menginap di chalet dan resort yang ada di sini.

"Malah, ada pengunjung yang datang mahu merasai waktu cuti mereka lebih santai dengan berkelah dan memasang khemah di tepi pantai.

"Dengan kehadiran ramai pelancong ke Mersing, sekali gus dapat membantu meningkatkan pendapatan peniaga makanan dan pengusaha tempat peranginan, jadi tidak hairanlah Mersing mengalami kesesakan jalan raya dengan kehadiran kenderaan pelancong yang datang," katanya.

Tambah beliau, promosi berstruktur dan terancang faktor penting mengapa sektor pelancongan daerah Mersing antara yang terawal pulih dan berjaya menarik lebih ramai pelancong.

"Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Tourism Malaysia dan Tourism Johor membuat promosi sepanjang tempoh PKPP.

"Ia hasil kerjasama erat pihak MTA, kerajaan negeri serta pemain industri pelancongan di daerah ini bagi memastikan pemulihan lebih cepat.

"Antara promosi dilakukan adalah membuat video dan promosi pakej di media sosial dengan memperkenalkan lokasi tarikan di Mersing," katanya.

Katanya, pihak berkaitan sudah menjangkakan kesan Covid-19 terhadap industri pelancongan yang mungkin akan mengambil masa yang lama untuk pulih, memandangkan industri pelancongan akan 'hilang' ramai pelancong daripada luar negara.

"Atas sebab itu kita memikirkan cara bagaimana memperkuatkannya kembali dengan menarik pelancong domestik.

"Jadi, antara perancangan dilakukan adalah menggunakan pengaruh dan melibatkan selebriti tempatan seperti penyanyi Noh Salleh dan pelakon Sharifah Amani yang mempunyai ramai pengikut.

"Antara penekanan yang dibuat dengan hasil kerjasama itu adalah dengan mempelbagaikan promosi yang kreatif dan berkesan dengan menonjolkan produk pelancongan menarik seperti pantai dan pulau," katanya.

Pulau di Mersing

Terdapat sejumlah 93 Pulau di Daerah Mersing.

Antara pulau yang popular dikunjungi pelancong di Kepulauan Mersing adalah Pulau Aur, Pulau Dayang, Pulau Tengah, Pulau Pemanggil, Pulau Sibu, Pulau Besa, Pulau Harimau dan Pulau Rawa.

Di sini juga menjadi lokasi penggambaran filem dan televisyen antaranya realiti TV dari Sweden Expedition Robinson dan Filem Hollywood Crazy Rich Asians.

Antara resort dan hotel popular di Kepulauan Mersing antaranya Batu Batu Resort, Aseania Resort, Bayu Lestari Island Resort, Shaz Resort, Sibu Island Resort, Rawa Island Resort, Mirage Island Resort dan Sari Pacifica Beach Resort.

Alhamdulillah sejak PKPP pantai dan chalet di pantai Mersing mula dipenuhi pelancong tempatan.

Tunggu apa lagi! Jom ke Johor!

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 5:30 PM