FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Axiata Group Bhd (Axiata) berharap langkah penggabungan antara Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Digi.com Bhd Telenor Group akan selesai pada suku pertama tahun 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Datuk Izzaddin Idris berkata kumpulan itu telah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bulan lepas agar pengawal selia melulusakannya.

"Setakat ini, kami telah memberikan semua maklumat yang diminta MCMC dan sekarang terserah kepada pengawal selia untuk mengkajinya daripada sudut kepentingan awam atau mengadakan pendengaran awam.

"Harapan saya supaya ia dapat diselesaikan secepat mungkin, sama ada pada suku pertama atau suku kedua tahun depan tetapi saya berharap jika kita dapat menyelesaikannya menjelang pada bulan Januari atau Februari tahun 2022, maka kita akan berada dalam keadaan baik," katanya dalam taklimat media yang diadakan secara maya hari ini.

Izzaddin berkata kumpulan itu telah melantik perunding untuk melakukan analisis ekonom mengnenai penggabungan itu dan kesannya terhadap pasaran dan industri.

"Ia sedang dijalankan sekarang dan harap MCM akan membuat keputusan mengenainya," katanya.

Selepas penggabungan selesai, tempoh integrasi akan diadakan, ia bakal menimbulkan beberapa cabaran dalam menyelenggara rangkaian tersebut serta kualiti perkhidmatan dan pelanggan daripada Digi dan Celcom.

Imbas kembali, Axiata dan Telenor telah menandatangani perjanjian urus niaga untuk penggabungan yang dicadangkan itu yang dinamakan sebagai MergeCo pada 21 Jun 2021.

Pemeteraian perjanjian itu menandakan pengesahan mengenai hasrat mereka untuk mewujudkan penyedia perkhidmatan digital yang lebih kukuh dan lebih berdaya tahan untuk memacu cita-cita digital Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Ogos 2021 @ 7:05 PM