CIMB GreenBizReady bantu PKS manfaatkan  pelbagai insentif yang disediakan.
CIMB GreenBizReady bantu PKS manfaatkan pelbagai insentif yang disediakan.

CIMB Group memperuntukkan RM250 juta dalam CIMB GreenBizReady untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia memulakan dan maju dalam perjalanan kemampanan mereka.

PKS akan diperkasakan melalui penyelesaian kewangan dan insentif seperti faedah pembiayaan berkaitan kemampanan, akses kepada penyedia perkhidmatan kemampanan, latihan dan pembangunan kapasiti, pensijilan dan khidmat nasihat serta padanan perniagaan dengan sokongan daripada pemimpin industri dan agensi kerajaan.

"GreenBizReady akan memberikan PKS kelebihan daya saing dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kaedah yang praktikal untuk menerapkan pertimbangan ekonomi, alam sekitar dan sosial (EES) dalam perniagaan mereka, membantu mereka bersedia kepada kemampanan untuk daya tahan perniagaan dalam jangka masa panjang.

"Ia turut membantu PKS memanfaatkan sokongan dan insentif yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk mempercepatkan pelaksanaan ekonomi hijau," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata, penyelesaian itu akan membolehkan PKS memulakan peralihan mereka kepada kemampanan sejajar dengan standard global dan amalan terbaik.

Pada tahun lalu, CIMB membabitkan kira-kira 500 PKS melalui pelbagai inisiatif dan didapati terdapat minat yang semakin meningkat terhadap perniagaan kemampanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2021 @ 7:30 AM