Anugerah Perniagaan Platinum (PBA) 2023 mendorong ahli PKS meningkatkan perniagaan dan industri seterusnya menyumbang ke arah kemajuan negara.
Anugerah Perniagaan Platinum (PBA) 2023 mendorong ahli PKS meningkatkan perniagaan dan industri seterusnya menyumbang ke arah kemajuan negara.
Ain Syazlin Ramlan

PERUSAHAAN kecil dan sederhana (PKS) di wilayah Utara digesa menanda aras keupayaan dan prestasi mereka melalui Anugerah Perniagaan Platinum (PBA) 2023 dengan  mendapatkan lebih banyak pendedahan dan pengiktirafan.

Pengerusi Penganjur PBA2023 dan Naib Presiden Kebangsaan Persatuan PKS Malaysia, Datuk Ada Poon, berkata platform anugerah itu adalah untuk mempamerkan syarikat yang berjaya dan mendedahkan generasi peneraju perniagaan akan datang.

Katanya, menghormati organisasi dan individu akan mendorong mereka meningkatkan perniagaan dan industri seterusnya menyumbang ke arah kemajuan negara.

Melalui anugerah itu, Presiden PKS Pulau Pinang, Leslie Leng dan Presiden PKS Seberang Perai Francis Wong, menggalakkan pemilik perniagaan di negeri masing-masing untuk meningkatkan asas pelanggan mereka.

Jerayawara terbabit dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Lee Chun Kit.

Ini adalah pembukaan jelajah seluruh negara yang mempromosikan PBA2023.

Anugerah yang dianjurkan PKS Malaysia ini diadakan sebagai menanda aras prestasi perniagaan dan standard kualiti PKS dan individu.

Antara anugerah kategori istimewa di PBA2023 adalah Anugerah Perusahaan Cemerlang Asia Pasifik, yang menyaksikan penyertaan asing dari China, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Taiwan, Korea Selatan dan negara lain bagi membolehkan PKS Malaysia membina rangkaian perniagaan dan hubungan ekonomi dengan usahawan global.

Selaku penaja utama acara itu, Hong Leong Bank, EcoWorld, Manulife dan Media Prima akan membimbing ahli PKS mengenai proses pencalonan untuk anugerah itu dan membuat pembentangan sebelum diakhiri dengan sesi rangkaian.

Menurut penaja utama Hong Leong Bank (HLB), institusi kewangan boleh bertindak sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk membantu ahli PKS meluaskan jangkauan mereka di peringkat antarabangsa dengan memupuk persekitaran yang menggalakkan inovasi dan transformasi.

Ketua Perbankan PKS Hong Leong Bank, Kevin Ng berkata sebagai sebuah bank yang mempunyai latar belakang keusahawanan yang kukuh, HLB komited untuk membantu dan menggalakkan PKS Malaysia mereka ke arah inovasi, transformasi dan pembangunan ke pasaran global.  

Tambahnya, beliau percaya berada pada kedudukan yang baik boleh membantu rakan kongsi PKS menerima kemajuan industri dan cabaran kemampanan, meningkatkan kecekapan operasi, dan memperoleh kelebihan daya saing di kedua-dua peringkat tempatan dan global.

Acara ini akan berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia pada 10 November 2023.

Pencalonan boleh dihantar ke laman sesawang pba.smemalaysia mulai sekarang hingga 15 Ogos 2023. 

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi urusetia anugerah Cynthia di talian +603-8024 5787.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2023 @ 6:12 PM