KALANGAN pelabur hartanah serta mereka yang berhasrat memiliki rumah sendiri disaran membeli hartanah pada  pasca Covid-19 berikutan jangkaan  harga aset akan susut.
KALANGAN pelabur hartanah serta mereka yang berhasrat memiliki rumah sendiri disaran membeli hartanah pada pasca Covid-19 berikutan jangkaan harga aset akan susut.
PENGURUS Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez
PENGURUS Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez
BERNAMA

KALANGAN pelabur hartanah serta mereka yang berhasrat memiliki rumah sendiri disaran membeli hartanah itu pada tempoh pasca Covid-19 berikutan jangkaan harga aset itu akan susut.

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, ada kemungkinan pemaju hartanah menambah nilai kepada projek ditawarkan manakala harga diminta terhadap hartanah itu pula akan berkurangan.

Selain itu, katanya, persekitaran pembiayaan juga akan lebih kondusif berikutan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) berbanding 8.0-9.0 peratus atau pada kadar dua angka sebelum ini.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa usaha pembelian hartanah memerlukan komitmen serta pelaburan jangka panjang.

β€œIa bukan satu pilihan baik sekiranya seseorang itu tidak mampu membelinya bagi tempoh tertentu walaupun harga dijangka jatuh dalam tempoh singkat pasca Covid-19 serta kemungkinan keadaan pulih dalam masa terdekat,” katanya dalam persidangan maya bertajuk Beli Hartanah Atau Tidak Pasca Covid-19?’ anjuran PropertyGuru Malaysia.

Beliau berkata, walaupun kerajaan mengumumkan langkah membantu orang ramai seperti moratorium pembayaran balik pinjaman serta penstrukturan semula baki kad kredit tertunggak enam bulan, ini tidak memadai untuk mereka yang berhasrat mencari penyelesaian jangka pendek.

Merujuk krisis kewangan Asia 1997/1998, beliau berkata kediaman jenis bertingkat dan rumah teres adalah kategori hartanah yang lebih berdaya tahan berbanding jenis lain sepanjang krisis serta tempoh pemulihan terbabit.

Bagaimanapun, katanya, keadaan mungkin tidak sama bagi tempoh pasca Covid-19 kerana ini adalah situasi di luar jangka dan tidak pernah dialami sebelum ini.

Pada 3 Mac lalu, BNM bertindak menurunkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus manakala kadar lantai dan siling koridor OPR turut dikurangkan masing-masing pada 2.75 peratus dan 2.25 peratus.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2020 @ 7:00 AM