FASA pertama LAR Langat 2 dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2022.
FASA pertama LAR Langat 2 dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2022.
Sri Ayu Kartika Amri


FASA pertama Loji Rawatan Air (LAR) Langat 2 yang dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2022 bakal memberi manfaat air bersih dan terawat kepada purata 350,000 membabitkan kira-kira 1.87 juta pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Abdul Hadi Ali berkata, kemajuan keseluruhan projek LAR Langat 2 sudah 80.33 peratus siap setakat 31 Disember lalu.

Katanya, PAAB bertanggungjawab membangunkan LRA Langat 2 yang merangkumi 23 pakej membabitkan kawasan termasuk Hulu Langat, Cheras, Sungai Besi, Bukit Jalil, Petaling Jaya, Bandar Kinrara, Bukit Dengkil, Ampang serta Keramat AU3.

“Projek LRA Langat 2 ini adalah terbesar di Asia Tenggara yang mula dibina pada Mac 2014.

“LRA Langat 2 ini berupaya membekalkan keperluan 1,130 juta liter air sehari (MLD) kepada penduduk di Lembah Klang, sekali gus meningkatkan rizab bekalan air di Selangor.

“Kerajaan Persekutuan bersetuju membina LRA Langat 2 dengan kos RM4 bilion bagi menampung keperluan dan permintaan tinggi bekalan air di Lembah Klang berbanding RM3.7 bilion sebelum ini,” katanya di majlis pelancaran Program PAAB Schools Sustainability di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 January 2020 @ 6:02 AM