LING (dua dari kanan) dan Pengurus Besar Pemasaran KFC Malaysia, Kelvin Hong (dua dari kiri) menunjukkan burger baru  Double Down Maxx.
LING (dua dari kanan) dan Pengurus Besar Pemasaran KFC Malaysia, Kelvin Hong (dua dari kiri) menunjukkan burger baru Double Down Maxx.

Kuala Lumpur: KFC Malaysia melancarkan burger terbaru, Double Down Maxx yang menampilkan gabungan cita rasa menakjubkan daripada inspirasi golongan remaja dan belia. .

Naib Presiden Kanannya, Ling Mee Jiuan berkata, menu baru itu bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa mahukan sesuatu yang unik.

“KFC Malaysia sentiasa teruja mencipta sesuatu yang unik buat pelanggan setia kami dan Double Down Maxx baru ini adalah salah satu produk yang telah menguji kreativiti kami ke tahap yang lebih ekstrem,” katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, generasi masa kini sentiasa menginginkan hidangan yang terbaik dan istimewa, lebih besar dan lazat dan Double Down Maxx menawarkan semua ini.

KFC Double Down Maxx boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM10.90 (untuk hidangan ‘ala carte’ dan juga Kombo Lunch & Dinner pada harga RM12.95.

Hidangan kombo termasuk set Cheezy Wedges dan minuman berkarbonat (bersaiz biasa). KFC Double Down Maxx boleh didapati di semua restoran KFC untuk masa terhad saja bermula 28 November lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Disember 2014 @ 5:01 AM