AHMAD Shahid  menunjukkan produk SP05 yang dijual pada harga RM360. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
AHMAD Shahid menunjukkan produk SP05 yang dijual pada harga RM360. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Stopanik Sdn Bhd menjadi syarikat Bumiputera pertama di negara ini yang memperkenalkan peranti penjejak untuk motosikal, Stopanik GPS Tracker (SP05).

Pengasasnya, Ahmad Shahid Amiruddin berkata, SP05 dilancarkan pada 2017 dan menerima sambutan menggalakkan daripada pengguna motosikal di negara ini.

Katanya, keunikan SP05 menerusi ciri yang dibangunkan syarikat yang mana mengguna pakai perisian hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) dari Malaysia.

“Ciri lain pada SP05 termasuk memberi notifikasi dan pemberitahuan penting situasi SOS seperti lokasi yang tepat, penggunaan minyak peribadi, kelajuan, catatan perjalanan dan pelbagai lagi.

“Malah, pengguna boleh mengesan kenderaan mereka pada bila-bila masa dan di mana saja melalui telefon pintar dengan memuat turun aplikasi profesional yang dilengkapi ciri komprehensif, Free Mobile GPS
Tracker For Smartphone & Tablet
,” katanya kepada Bisnes Metro di sini.

Ahmad Shahid berkata, SP05 bukan saja boleh digunakan untuk pemilik individu, tetapi juga syarikat yang ingin meningkatkan ciri keselamatan kenderaan mereka.

Menurutnya, SP05 dijual pada harga RM360 termasuk pemasangan dan perkhidmatan selepas jualan.

“Kami menyasarkan untuk menjual 3,000 unit SP05 tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, pihak-
nya juga membuka peluang kepada mereka yang ingin menjadi Authorised Installer (AI) Stopanik di seluruh Malaysia.

“Setakat ini, kami mempunyai AI di Lembah Klang, Melaka, Johor dan Pulau Pinang, namun kami turut menerima permintaan di Kelantan, Sabah dan Sarawak.

“Selain SP05 bagi motosikal, kami juga mengeluarkan Stopanik GPS Tracker untuk kereta, haiwan peliharaan dan peribadi. Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.stopanik.com,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Februari 2019 @ 9:22 AM