Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Stopanik Sdn Bhd optimis mencapai sasaran jualan sebanyak 12,000 unit menerusi produk terbaharu keluaran syarikatnya, Saka Lock menjelang tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shahid Aminuddin berkata, Saka Lock adalah mangga (padlock) yang dihasilkan melalui kajian dan pembangunan (R&D) teliti termasuk mengguna pakai mekanisme double locking.

Katanya, berlainan dengan mangga lain di pasaran, Saka Lock unik kerana antipotong, hakisan asid, gerudi, umpil, bakar, ketukan, karat dan antipecah serta didatangkan dengan jaminan 12 bulan.

"Saka Lock melalui R&D selama setahun dan walaupun baru di pasaran, mangga ini mendapat sambutan daripada pengguna yang menitikberatkan ciri keselamatan terbaik untuk aset mereka.

"Saka Lock juga produk premium berkualiti gred SUS304 yang mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia dan dihasilkan dengan cangkuk panjang (109 milimeter) yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.

"Kunci mangga ini juga tidak boleh dibuat pendua dan sudah menjalani uji kaji untuk membuktikan ketahanannya," katanya kepada Bisnes Metro.

AHMAD Shahid bersama produk terbaru keluaran syarikatnya, Saka Lock.
AHMAD Shahid bersama produk terbaru keluaran syarikatnya, Saka Lock.

Ahmad Shahid berkata, sebagai permulaan, pihaknya menyasarkan untuk menjual kira-kira 1,000 unit Saka Lock sebulan serta menawarkan harga promosi hanya RM120 bagi set Saka Lock berbanding harga asal RM280.

Menurutnya, harga promosi itu sah sehingga 4 September ini dan lebih menarik Stopanik menawarkan pembelian secara ansuran tiga bulan tanpa faedah serendah RM53 sebulan yang boleh didapati melalui sakalock.stopanik.com.

"Kami tawarkan bayaran ansuran tanpa faedah supaya lebih ramai rakyat Malaysia mampu memiliki Saka Lock ini dan beralih menggunakan mangga yang berkualiti dari segi keselamatan.

"Selain itu, kami mahu buktikan usahawan tempatan juga mampu menghasilkan produk berkualiti tinggi setanding jenama antarabangsa," katanya.

Beliau berkata, syarikat turut merancang meneroka pasaran luar negara dalam tempoh tiga tahun lagi dengan membawa masuk set produk segmen keselamatan kenderaan di bawah jenama Stopanik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Ogos 2021 @ 7:10 AM