WONG (kiri) dan Au (dua dari kiri) pada taklimat media, semalam.
WONG (kiri) dan Au (dua dari kiri) pada taklimat media, semalam.
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menampilkan ciri baru bagi buku panduan eMATTA dengan kerjasama Top Media Resources Sdn Bhd.

eMATTA adalah aplikasi mudah alih yang dibangunkan untuk kemudahan pengunjung pameran MATTA.

Setiausaha Agung Kehormat MATTA, Nigel Wong berkata, buku panduan eMATTA tampil dengan ciri sektor keluasan sebenar atau ‘augmented reality’ (AR) yang menawarkan dimensi baru kepada penggunaan peranti berasaskan visual sebenar.

“Ciri AR ini menandakan komitmen kami untuk terus mengikuti teknologi terkini dan memberi pengunjung MATTA pengalaman lebih baik dalam mendapatkan maklumat serta kandungan unik dengan cara menarik.

“Pengunjung juga boleh mengambil foto dengan dua tema AR iaitu fantasi dan safari di panel LED yang disediakan berhampiran kaunter tiket,” katanya pada taklimat media, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan Top Media Resources, Amelia Au.

Sementara itu, Amelia berkata pihaknya percaya syarikat menjadi penerbit pelancongan pertama di Malaysia yang memperkenalkan CGI AR pada skala dan kualiti terbaik.

“Kakitangan kami akan berada di pameran MATTA bagi memberi tunjuk ajar kepada pengunjung muat turun aplikasi eMATTA.

“Kami juga menyediakan hotspot WiFi percuma di kawasan kaunter tiket dan bagi menggalakkan orang ramai memuat turun eMATTA, kami turut memberi hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 kepada pengunjung terpilih,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Ogos 2018 @ 1:38 PM