DOMENIC (tengah) pada pelancaran kad kredit HLB GSC Mastercard.
DOMENIC (tengah) pada pelancaran kad kredit HLB GSC Mastercard.
Nabil Basaruddin

Kuala Lumpur: Hong Leong Bank Bhd (HLB) dengan kerjasama Golden Screen Cinemas (GSC) melancarkan kad kredit HLB GSC Mastercard khusus kepada mereka yang suka menonton filem tempatan dan luar negara di pawagam.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HLB, Domenic Fuda berkata, pemegang kad kredit itu berpeluang menikmati diskaun sehingga RM6 bagi pembelian tiket setiap hari bagi mana-mana jenis pawagam di GSC.

Beliau berkata, bagi pembelian makanan ringan dan minuman menerusi tempahan melalui laman web dan aplikasi mudah alih GSC, pengguna juga akan diberikan diskaun sehingga 30 peratus.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Mastercard dan GSC bagi memperkenalkan kad kredit yang menghubungkan gaya hidup kepada pemegangnya untuk membeli tiket wayang, makanan ringan dan minuman menerusi platform digital GSC,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Julai 2018 @ 10:17 AM