GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nabil Basaruddin


PASARAN rumah sewa kini menjadi pilihan yang setaraf dengan pemilikan rumah, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.

Menurut Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2017 yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM), cadangan dalam Bajet 2018 supaya kerajaan menggubal Akta Sewaan Rumah Kediaman, dianggap sebagai langkah tepat.

BNM berkata, dalam jangka panjang, pengenalan skim ‘sewa milik’ (iaitu sewa kemudian beli) juga dapat melengkapi cadangan berkaitan penggubalan akta itu.

Katanya, pada November 2017, sebuah bank Islam domestik dengan kerjasama beberapa pemaju hartanah melancarkan skim sewa milik, diterajui sektor swasta untuk pelbagai jenis harta kediaman.

“Skim yang berlandaskan konsep Ijarah (pemajakan) dalam kewangan Islam, memberikan pilihan kepada pembeli rumah untuk menyewa dahulu dan kemudiannya membeli rumah itu.

“Permintaan berterusan rumah mampu milik menyokong pertumbuhan dalam pembiayaan akhir oleh bank untuk membeli harta kediaman, walaupun dalam keadaan pasaran perumahan yang lemah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Mac 2018 @ 11:36 PM