PERLUMBAAN kereta tanpa pemandu bakal dianjurkan April ini. FOTO Agensi
PERLUMBAAN kereta tanpa pemandu bakal dianjurkan April ini. FOTO Agensi
Reuters

Abu Dhabi: Perlumbaan kereta tanpa pemandu akan diadakan di Abu Dhabi pada April ini di Litar Yas Marina, di mana litar sama menganjurkan aksi Formula Satu (F1).

Difahamkan, jentera berkenaan akan dikawal oleh algoritma perisian dan ia akan diuji nanti.

Kereta Super Formula SF23 buatan Dallara tanpa pemandu mampu mencapai kelajuan 300 kilometer sejam (186 batu sejam).

Ia mempunyai komputer sebagai pengganti kokpit dan tidak memerlukan stereng, tempat duduk dan pedal.

Kereta ini menjadi fokus dalam Liga Perlumbaan Autonomi Abu Dhabi (A2RL) yang bakal mengadakan perlumbaan sulungnya pada 28 April akan datang di litar Grand Prix, dengan hadiah sebanyak $2.25 juta (RM10.5 juta).

"Kita berada di hadapan sains dalam perkara ini. Jika dalam lima tahun akan datang kita dapat melihat 10 kereta berlumba bersama, itu bakal menjadi pencapaian yang besar.

"Kita sedang dalam proses pembangunan dan melihat di masa depan banyak kereta akan bersiap di grid untuk perlumbaan autonomi, serupa dengan Formula Satu. Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak akan terjadi dalam masa terdekat," kata Pengarah Eksekutif ASPIRE, Dr Tom McCarthy.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Disember 2023 @ 11:48 AM