HAMILTON ditemubual menjelang GP Miami hujung minggu ini. FOTO Reuters
HAMILTON ditemubual menjelang GP Miami hujung minggu ini. FOTO Reuters
AFP

Miami Gardens, Amerika Syarikat: Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali Lewis Hamilton berkata sukan itu perlu 'melakukan lebih baik' untuk mewujudkan persaingan yang lebih ketat di tengah-tengah kebimbangan penguasaan Red Bull yang boleh mencetuskan kebosanan.

Max Verstappen dari Red Bull, pemenang dua kejuaraan lalu, mendahului kedudukan pemandu selepas menguasai empat perlumbaan pembukaan musim ini bersama dengan rakan sepasukan Sergio Perez.

Tiba untuk beraksi di Grand Prix Miami Ahad ini, Hamilton secara terbuka berkata tentang sejauh mana kemampuan Red Bull untuk berada di hadapan berbanding dengan Ferrari.

Ditanya sama ada wujud kebimbangan peminat di Amerika kehilangan minat terhadap F1 memandangkan penguasaan satu pasukan, pemandu Mercedes itu berkata walaupun dia masih teruja namun memahami kebimbangan itu.

"Ia tidak membosankan untuk saya," katanya. "Saya dicabar setiap hari untuk kembali ke hadapan. Jadi, ia pasti tidak membosankan dari perspektif saya. Tetapi sebagai peminat perlumbaan yang menonton, saya boleh faham.

"Kerana tidak banyak persaingan seperti yang mereka mungkin biasa lihat di NFL dan NBA pada masa ini. Itu bukan perbuatan saya. Maksud saya, kita perlu melakukan yang lebih baik, saya fikir, sebagai sukan.

Dalam tiga daripada empat perlumbaan musim ini, Red Bull menguasai dua tempat teratas di podium, dengan Hamilton di tempat kedua di Australia satu-satunya perlumbaan yang tidak dikuasai Red Bull.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2023 @ 11:51 AM