Imola, Itali: Lewis Hamilton menduduki petak utama kali ke-99 dalam karier pada saingan kelayakan Emilia Romagna Grand Prix dengan pelumba Red Bull, Sergio Perez bermula disebelahnya dekat Imola.
Max Verstappen yang menduduki tempat kedua di belakang Hamilton pada perlumbaan pembukaan musim di Bahrain bulan lalu akan memulakan perlumbaan di petak ketiga ketika pelumba Red Bull turut berada dalam kelompok tiga teratas dengan perbezaan beberapa saat.
Pelumba Ferrari, Charles Leclerc berada di tempat keempat mendahului Pierre Gasly, Daniel Ricciardo dan Lando Norris.
Rakan sepasukan Hamilton di Mercedes, Valtteri Bottas hanya mampu berada di kedudukan kelapan dengan Esteban Ocon dan Lance Stroll turut berada dalam kelompok 10 teratas.
Carlos Sainz pula di kedudukan petak ke-11 bagi pelumba kedua Ferrari.
Bekas juara dunia dua kali, Fernando Alonso hanya mampu berada di kedudukan ke-15 ketinggalan enam kedudukan rakan sepasukan Alpine, Ocon menjelang perlumbaan esok.